IKLAN

Jangan Hina Keluarga Ini, Bantulah Mereka - Ustaz Ebit Lew

"Saya merayu jangan hina keluarga ini. Ujian mereka. Ujian kita. Kita sebuah keluarga Mereka pakcik tua makcik tua macam mak ayah kita. Anak mereka macam adik beradik dan anak kita. Kasihanilah mereka 15 tahun hidup begitu. Bantula mereka. Sayangi mereka."

Itu antara rayuan Ustaz Ebit Lew selepas baru-baru ini kecoh diperkatakan apabila terdapat beberapa pihak yang seakan tidak berpuas hati dengan kerja khidmat yang dilakukannya

Syukur setelah lebih 15 tahun

"Syukur tadi setelah lebih 15 tahun keluarga ini buat kali pertama dapat pindah dari pondok usang dan menyedihkan. Saya dapat beri hadiah kasih sayang saya buat keluarga ini. Dapat beri mereka rumah baru selesa takyah bayar. Saya insyaAllah bayar selagi hayat. Belikan peti ais, mesin basuh, rice cooker, cerek, dapur gas, kipas, tilam, baju raya, bantal, semualah peralatan rumah."

"Hanya setitik usaha saya ini dibandingkan usaha mereka sepanjang tahun dan seluruh negeri kedah.15 tahun kasihan keluarga ini. Selepas ini saya serahkan pada pihak berwajib."

Tidak berniat mahu melukakan hati sesiapa, menerusi entri terbaru di Facebooknya, pendakwah itu telah menyatakan permohonan maaf.

Saya minta maaf pada semua

IKLAN

Di dalam penulisannya di Facebook, ustaz Ebit tidak menuding jari ke arah mana-mana pihak pun, sebaliknya apa yang dikongsikan hanyala curahan hati mengenai dirinya.

"Saya minta maaf pada semua yer. Mereka semua dah bantu banyak sangat. Setitik sahaja usaha saya berbanding mereka semua. Saya urus cuma beberapa orang dah menangis penat. Mereka semua urus seluruh negeri dan setiap pelusuk negeri sepanjang hayat. Saya cuma sikit sangat. Saya pohon janganlah salahkan jiran, jkm atau pusat zakat atau mana-mana orang."

Takpe ustaz, kuatkan semangatmu

Dalam pada, kebanyakkan netizen tidak putus-putus memberikan semangat dan sokongan kepada pendakwah tersebut untuk terus berjuang meneruskan segala kerja amalnya.

Kami sokong ustaz

IKLAN

Saya bukan Muslim, tapi saya bangga ada saudara seperti ustaz

Teruskan perjuangan, kami ada di belakangmu

Semoga kita ambil yang jernih dan buang yang keruh, jika ada kekhilafan seseorang itu tegurlah dengan penuh hemah bukan dengan mengaibkan.

Sumber : Ebit Lew

Jom like Facebook & follow Twitter mDaily bagi mendapatkan berita hangat dan terkini di seluruh dunia.

IKLAN