Ikuti Kami:

Jalur Gemilang Terbalik: Lima Termasuk Warga Bangladesh Ditahan

Jalur Gemilang Terbalik: Lima Termasuk Warga Bangladesh Ditahan

Gara-gara memasang bendera Malaysia secara terbalik, seorang pemandu lori sampah warga tempatan serta empat pekerja warga Bangladesh telah ditahan pihak polis.

Kejadian itu dilaporkan berlaku sekitar jam 9.40 pagi semalam. Ia tular di media sosial selepas perkongsian video yang menunjukkan sebuah lori sampah milik sebuah syarikat memasang bendera Malaysia secara terbalik di hadapan lori berkenaan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata kejadian berkenaan dikesan berlaku di hadapan masjid Bandar Country Homes Rawang.

“Pengadu lelaki berusia 36 tahun itu kemudian memberhentikan lori berkenaan dan menegur pemandunya selain merakam insiden berkenaan dan tular dalam laman media sosial.”

Pengadu kemudian membuat laporan polis dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Komunikasi Multimedia dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963.

Pihak polis kemudian telah menahan pemandu berusia 48 tahun itu bersama empat pekerja syarikat yang juga warga Bangladesh berusia antara 30-43 tahun pada jam 7.30 malam semalam dan kesemua mereka kini dalam tahanan reman.

Komen
Loading...