Ikuti Kami:

Jabatan Pendaftaran Negara Lancar Tempahan Foto Kenangan Terindah Sempena Sambutan 76 Tahun

Jabatan Pendaftaran Negara Lancar Tempahan Foto Kenangan Terindah Sempena Sambutan 76 Tahun

Bersempena sambutan 76 tahun Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), orang ramai kini berpeluang menempah edisi khas “Foto Kenangan Terindah”, yang menampilkan foto kad pengenalan kali pertama serta foto penggantian rekod sebagai kenangan istimewa.

Tempahan dibuka dari 1 hingga 31 Oktober 2024, dengan proses pengeluaran mengambil masa 30 hari bekerja setelah pembayaran diterima. Terdapat dua pilihan yang ditawarkan:

1. Foto IC Siri Individu – Berharga RM75, pelanggan boleh mendapatkan cetakan foto kad pengenalan mereka sendiri.

2. Foto IC Siri Keluarga – Ditawarkan pada harga RM150, ini adalah untuk foto kad pengenalan keluarga bagi pemilik yang telah mendapatkan kad pengenalan kali pertama dalam tempoh 12 tahun yang lalu.

Pengguna boleh mengimbas kod QR yang disediakan atau melayari laman web yang dinyatakan (bit.ly/FotoKenanganTerindah) untuk mengisi borang permohonan. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada pihak JPN di talian 03-8880 7992.

Sambutan ini merupakan sebahagian daripada usaha JPN untuk meraikan Hari Pendaftaran Negara 2024 dengan tema “Memperkukuh Identiti, Memperpadu Negara”, yang menekankan pentingnya pendaftaran dokumen identiti bagi setiap rakyat Malaysia.

Komen
Loading...