Izara Aishah Pilih Rekaan Eksklusif Koleksi AS, Harga Mampu Milik Serendah RM75
- oleh MDaily Editor
- 23 Jan 2026 12:17 pm
Pelakon popular, Izara Aishah, kembali mencuri tumpuan dunia fesyen tempatan menerusi kolaborasi eksklusif bersama jenama beg tangan AS, dengan mempertaruhkan empat rekaan khas yang dipilih sendiri oleh beliau.
Koleksi yang diberi nama Bolaia, Belta, Bucket, dan Moola itu bukan sahaja menonjolkan cita rasa mewah aktres berkenaan, malah ditawarkan pada harga mampu milik antara RM75 hingga RM85 bagi memastikan ia dapat dimiliki oleh semua lapisan masyarakat.
Pengasas Beg AS, Dato’ Sri Aliff Syukri berkata, pemilihan Izara sebagai rakan kolaborasi adalah berdasarkan personaliti dan ketelitian pelakon itu dalam aspek kualiti dan rekaan.
“Koleksi ini sangat istimewa kerana setiap perincian dipilih sendiri oleh Izara. Walaupun tampil dengan rekaan eksklusif dan mewah, kami tetap mengekalkan harga yang kompetitif supaya peminat dan pembeli tegar dapat menggayakannya tanpa bebanan kos yang tinggi,” katanya.
Tahun lalu, jenama AS berjaya mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records bagi Jualan Beg Tangan RM1 Juta Terpantas menerusi platform penstriman langsung, selain pernah menjalin kerjasama dengan pempengaruh, Sally Whoo.

Menambah keterujaan, Aliff yang juga pemenang kategori Seller Terpaling Popular ABPBH Ke-37 turut mengumumkan ganjaran luar biasa berupa sebuah kereta Perodua Bezza untuk pembeli bertuah sebagai tanda penghargaan.
Tawaran ini merupakan kali pertama sebuah jenama beg tempatan memberikan hadiah utama berupa kenderaan kepada pelanggan mereka.
Pelancaran koleksi Izara x AS akan diadakan secara eksklusif menerusi sesi penstriman langsung di akaun TikTok Shop @papalarisofficial pada 25 Januari 2026, jam 8:00 malam.
Pembeli yang membuat pesanan pada malam tersebut secara automatik layak menyertai cabutan bertuah untuk memenangi kereta berkenaan, selain menerima hadiah sampingan seperti rantai kunci (keychain) eksklusif dan botol minuman (tumbler).
Sesi cabutan dan pengumuman pemenang akan dilakukan pada 31 Januari 2026, jam 8:00 malam melalui platform yang sama. Pembeli diingatkan untuk menonton sesi tersebut bagi mendapatkan kata kunci khas sekiranya dihubungi secara langsung sebagai pemenang




