“It’s Not Our Responsibility Jaga Iman Lelaki” – Wardina Safiyyah Tarbiah Fynn Jamal Dalam Sesi IG Live
- oleh Mohd Indera
- 4 tahuns lalu
Tular baru-baru ini Fynn Jamal mengulas mengenai isu rogol dalam sesi soal jawab Instagram Stories.
Kenyataan mengelirukan itu menyebabkan ramai tidak berpuas hati hingga menarik perhatian ramai termasuk Caprice untuk mengadakan sesi siaran langsung bersama Fynn Jamal.
Terbaru, Pelakon Wardina Safiyyah turut berpendapat pandangan yang dilontarkan Fynn itu kurang tepat dan jenayah rogol berlaku bukan ketika adanya media sosial semata-mata tetapi sejak sekian lama.
“Semua orang menutup aurat tapi hakikatnya rogol berlaku sejak sekian lama dan sukar dibendung.
“Walau niat Fynn untuk menyedarkan orang ramai tapi cara awak seperti menyalahkan wanita semata-mata. Tutup salah, tak tutup salah.
“Hakikatnya dalam dunia ini tak semua wanita menutup aurat misalnya wanita bukan Islam.
I love how Wardina slams Fynn Jamal this morning. Rape thing is complex. You cannot mix covering aurat with rape issue. 😬 pic.twitter.com/tH4oPGD2Dj
— Kefli Nawawi (@kefli_nawawi) June 29, 2020
“Jadi, isu ini kompleks dan ada banyak lapisan. Ia tidak boleh dibincangkan dengan cara sebegini,” katanya ketika sesi siaran langsung bersama Fynn pada pagi Isnin.
Nasihat Wardina agar Fynn memohon maaf kepada semua.
“Nasihat saya minta maaf dan akui bahawa isu ini kompleks. Katakan bahawa awak bersimpati atas mangsa rogol.
“Lelaki patut dipersalahkan, tapi ada banyak faktor yang mendorong lelaki melakukan jenayah itu antaranya faktor psikologikal.
“Bukan tugas kita untuk menjaga iman lelaki, mereka perlu jaga iman mereka sendiri andai diletakkan perempuan bogel hadapan mereka sekali pun,” sarannya.
Wardina turut menyelar kenyataan Fynn mengenai isu ikhtilat seperti yang dibangkitkan sebelum ini.
“Bila awak cakap selfie, akan ada banyak cara untuk orang menyalahtafsirkannya. Jadi janggan cakap.
“Tak ada salahnya kalau nak upload gambar sendiri.
“Wanita bukan satu fitnah tapi seluruh dunia ini fitnah. Tapi kita perlu hidup dalam masyarakat yang mana wanita pun boleh keluar rumah dan pergi belajar,” jelasnya.
Sumber : Gempak