Ikuti Kami:

Isteri Terjah Suami Tengah ‘Dating’ Dengan Wanita Lain – “Terdiam Kau Bang!”

Isteri Terjah Suami Tengah ‘Dating’ Dengan Wanita Lain – “Terdiam Kau Bang!”

Sudahlah tidak mempunyai pekerjaan, ada hati pula mengaku bujang dan bermain kayu tiga.

Itulah yang dilakukan lelaki ini namun akhirnya kantoi dengan isterinya sendiri yang bertindak ‘menerjah’ suaminya itu ketika keluar berdua-dua dengan wanita lain.

Tular di TikTok, rakaman ketika kejadian di mana lelaki tersebut hanya mampu menutup mukanya selepas malu apabila isterinya datang ketika dia sedang makan bersama skandalnya di sebuah kafe.

Menerusi video itu, si isteri dilihat berjalan ke arah tempat duduk suaminya bersama wanita terbabit sebelum menegur lelaki itu dengan tenang.

Terkejut, lelaki itu terdiam apabila melihat isterinya di situ yang kemudian menarik kerusi dan duduk bersama-sama.

Ternyata rupa-rupanya isterinya sudah tahu lebih awal namun mengorak langkah bijak dengan membuat perancangan untuk menerjah suaminya ketika sedang ‘dating’.

Si isteri juga akui tidak menyalahkan wanita tersebut kerana tahu suaminya sendiri yang bersalah mengaku bujang dan menggatal. Malah, kedua-dua wanita tersebut sebenarnya sudah bersepakat untuk berbuat begitu.

Komen
Loading...