Ikuti Kami:

Isteri Pelawak Terkenal Fail Cerai Selepas 14 Tahun Bersama

Isteri Pelawak Terkenal Fail Cerai Selepas 14 Tahun Bersama

Isteri kepada pelawak terkenal, Harith Iskander iaitu Dr Jezamine Lim dikatakan telah memfailkan cerai.

Memetik laporan mStar, isteri Harith dikatakan memfailkan cerai itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dakwaan itu timbul selepas Dr Jezamine dilihat bergambar bersama peguamnya, Datuk Akberdien Abdul Kadir di hadapan dewan mahkamah.

Dr Jezamine akui dakwaan yang tersebar tetapi tidak mahu dedahkan punca buat masa ini…
Betul saya telah memfailkan cerai. Saya tidak ingat tarikh sebenar permohonan itu dibuat tetapi lebih kurang sebulan lalu.

Saya belum ada sebarang komen. Mungkin nanti saya akan ceritakan.

Untuk pengetahuan korang, Harith dan Jezamine telah berkahwin pada 12 Jun 2010 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Komen
Loading...