Ikuti Kami:

Isman Nadim Tepis Khabar Angin Perkahwinan Dengan Ina Naim: ‘Demi Allah, Itu Bukan Saya’

Isman Nadim Tepis Khabar Angin Perkahwinan Dengan Ina Naim: ‘Demi Allah, Itu Bukan Saya’

Isman Nadim Isam, anggota kumpulan nasyid Hijjaz, menegaskan bahawa dia tidak mengetahui tentang perkahwinan baharu penyanyi nasyid, Ina Naim, dan sangat terkejut apabila namanya dikaitkan sebagai bakal suami Ina.

“Demi Allah, saya tak tahu (Ina akan kahwin). Serius saya memang tak tahu. Tiba-tiba nama saya pula dikaitkan,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Isman menegaskan bahawa dia tidak ada kaitan dengan cerita tersebut dan menyatakan bahawa Ina sudah dianggap seperti adiknya sendiri.

“Saya amat terkejut dengan cerita ini. Tak ada kena-mengena dengan saya. Ina pun dah saya anggap macam adik. Demi Allah, individu itu bukan saya,” tegas Isman.

Menurutnya, walaupun dia rapat dengan Ina dan keluarganya, hubungan baik tersebut tidak sepatutnya disalah tafsir hingga namanya dikaitkan dengan isu perkahwinan itu.

Menurut Isman, tuduhan ini bukan sahaja tidak berasas, tetapi juga tidak sesuai untuk dibincangkan memandangkan Ina masih dalam tempoh berkabung setelah kehilangan suaminya, Suhaimi Saad, yang meninggal dunia kurang daripada setahun lalu.

Sebelum ini, terdapat khabar angin bahawa Ina Naim, 40, akan berkahwin dengan seorang artis nasyid, dan kad jemputan perkahwinan telah diedarkan di kampungnya di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor.

Ina sebelum ini berkahwin dengan Allahyarham Mohd Suhaimi Saad pada 12 Ogos 2007, dan pasangan ini dikurniakan empat orang anak: Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah, dan Nur Layla Elghufrony. Suhaimi meninggal dunia pada 15 November 2023 akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Komen
Loading...