Ikuti Kami:

IslamiCruise® 2026: Pelayaran Mewah Bersulam Umrah & Rohani

IslamiCruise® 2026: Pelayaran Mewah Bersulam Umrah & Rohani

IslamiCruise® memperkenalkan Family & Friends Package 2026, pakej pelayaran halal mewah yang menawarkan gabungan unik percutian antarabangsa dan pengalaman rohani termasuk ibadah umrah, sekali gus menjadikannya tarikan eksklusif dalam industri pelancongan premium.

Bayangkan azan bergema di lautan biru, penumpang beratur menunaikan solat berjemaah di atas dek mewah Aroya Cruise sambil menyaksikan matahari terbenam di ufuk horizon.

Inilah identiti IslamiCruise® iaitu pelayaran halal pertama dunia yang memadukan gaya hidup moden dengan tuntutan rohani.

Pakej eksklusif ini menampilkan pelayaran 18 hari 16 malam dengan dua siri utama:

– Siri 1.0 (15–30 Januari 2026): Saudi Arabia, Oman, Maldives, Indonesia, Malaysia
– Siri 2.0 (3–18 Februari 2026): Malaysia, Indonesia, Maldives, Oman, Saudi Arabia

Antara tarikan utama ialah Umrah eksklusif di Tanah Suci Mekah, panorama semula jadi Maldives, serta budaya unik Oman dan Indonesia. Siri 2.0 yang berlangsung tepat sebelum Ramadan 2026 memberi peluang penumpang menyambut bulan penuh keberkatan dengan cara istimewa.

Bagi pilihan lebih ringkas, IslamiCruise® turut memperkenalkan Langkawi Getaway 3H2M, pelayaran pendek dari Port Klang ke Pulau Langkawi.

IslamiCruise® mengekalkan prinsip Halalan Toyyiban sepenuhnya dari menu halal antarabangsa oleh chef berpengalaman, hiburan patuh syariah, hinggalah suasana kapal yang bebas alkohol serta perjudian.

“Pelayaran ini bukan sekadar hiburan atau melancong, tetapi sebuah perjalanan rohani yang menyatukan hati dengan Sang Pencipta,” jelas wakil penganjur.

Menurut penganjur, Family & Friends Package 2026 adalah peluang yang mungkin hanya datang sekali. Selepas tahun tersebut, belum ada jaminan Aroya Cruise akan kembali ke Malaysia.

Untuk memastikan keselesaan, tempahan eksklusif hanya boleh dibuat melalui lima agensi rasmi:

– Andalusia – umrahandalusia.com | Norhafiza (013-436 9141)
– TH Travel & Services – thts.com.my | Faiz (018-363 8604)
– Jay Ibrahim Travels – jayibrahimalislam.com | Zahira Radzi (019-668 6568)
– Rayhar Travels – rayhar.com | Nasrullah (013-614 7467)
– In Saff Travels & Tours – insafftravel.com.my | Fazilah (011-3540 1648)

Kelima-lima agensi ini bukan sahaja pusat tempahan, malah berfungsi sebagai penasihat perjalanan yang mengiringi pelanggan dari awal pendaftaran hingga ke destinasi terakhir.

Dengan IslamiCruise® 2026, pengalaman mewah dan rohani digabungkan dalam satu perjalanan yang membawa penumpang mendekati Allah SWT sambil menelusuri keindahan dunia.

Komen
Loading...