IRAMA dan Kerjasama NGO Lancar Inisiatif Prihatin Mangsa Banjir
- oleh Mohd Indera
- 2 minggu lalu
Prihatin dengan nasib mangsa banjir yang terkesan akibat musibah besar sepanjang bulan ini, Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) bersama beberapa NGO tampil berganding bahu melancarkan Misi Bantuan Banjir.
Usaha ini melibatkan kerjasama dengan Persatuan Reformis Ulung, Persatuan Megah Muafakat, Stesen Radio Bapakku FM, serta syarikat rakaman tempatan.
Presiden IRAMA, Ayob Abdul Majid, memaklumkan bahawa misi ini bertujuan mengumpul dan mengagihkan barangan keperluan harian kepada mangsa yang terjejas teruk.
“Kami ingin memastikan mereka yang terkesan mendapat bantuan asas seperti makanan, pakaian, dan keperluan kebersihan,” katanya.
Dalam usaha ini, beberapa lokasi telah dikenal pasti sebagai pusat pengumpulan barangan:
– Kafe Narateawhat, Sungai Buloh
– Bukit Indah, Ampang
– Shah Alam
– Bangi
– Pejabat Radio Bapakku FM, Gombak
Antara sumbangan yang dialu-alukan adalah:
– Makanan asas
– Peralatan pembersihan rumah dan water jet
– Peralatan kebersihan diri
– Pakaian seperti kain batik, kain pelikat, pakaian dalam
– Selimut, toto, dan tikar
– Air mineral
– Lampin pakai buang dan tuala wanita
– Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi 019-3682548 atau WhatsApp ke 014-8129763.
Selain NGO, misi ini turut mendapat sokongan daripada golongan artis yang prihatin.
Penyanyi terkenal, Datuk Nash, menyeru lebih ramai penggiat seni untuk turut serta.
“Kesedihan yang dilihat melalui video-video mangsa banjir menyentuh hati saya. Inilah masanya kita bersatu membantu,” ujarnya.
Beliau turut menyifatkan kerjasama antara IRAMA, NGO, dan masyarakat sebagai usaha yang mampu memberi impak besar kepada mangsa banjir.
Misi Bantuan Banjir ini mencerminkan semangat solidariti dan keprihatinan rakyat Malaysia dalam menghadapi bencana.
Dengan sokongan pelbagai pihak, IRAMA yakin usaha ini dapat meringankan beban mangsa serta memberi mereka peluang untuk bangkit semula.