Ikuti Kami:

Ira Kaza Tenang Hadapi Kecaman, Bakal Lancar Single “Tak Kisah”

Ira Kaza Tenang Hadapi Kecaman, Bakal Lancar Single “Tak Kisah”

Ira Kaza atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin, bekas isteri kepada pengarah Syamsul Yusof, sudah lali dengan kecaman netizen hingga mampu mengambil sikap tidak peduli.

Menurut Ira, 29, kecaman itu datang kerana netizen tidak mengetahui kisah sebenar dan hanya berkomentar berdasarkan apa yang tular di media sosial.

“Saya dah biasa kena kecam. Netizen hanya baca apa yang mereka nampak di media sosial, tanpa tahu perkara sebenar. Tidak mengapa, biarlah orang nak cakap apa,” ujar Ira yang ditemui ketika majlis Hi Tea With Anthon’s Leather di One World Hotel, Petaling Jaya, Selasa lalu.

Walau bagaimanapun, Ira mengakui terkilan apabila ayahnya, pelakon Kazar Saisi, turut menjadi sasaran kecaman netizen meskipun tidak melakukan sebarang kesalahan.

“Saya tak kisah orang nak cakap apa pasal saya, tapi bila kutukan melibatkan ayah, memang saya sangat terkesan. Sedih juga, tapi Alhamdulillah ayah kini sudah okay,” tambahnya.

Dalam pada itu, Ira turut berkongsi bahawa dia bakal melancarkan single terbaharu berjudul Tak Kisah sebagai simbol ketabahannya dalam menghadapi kecaman yang tidak berkesudahan.

“Insya-Allah, bulan depan saya akan rakamkan muzik video untuk Tak Kisah. Lantaklah apa yang orang nak kata,” katanya.

Untuk rekod, Ira dan Syamsul berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand sebelum mendaftarkan perkahwinan mereka di Perlis pada 20 Januari 2023. Perkahwinan Ira dengan Syamsul pula tidak dikurniakan anak.

Komen
Loading...