Ikuti Kami:

iQOO Z11, Rekaan Nipis Dengan Ketahanan Bateri Luar Biasa

iQOO Z11, Rekaan Nipis Dengan Ketahanan Bateri Luar Biasa

iQOO Malaysia secara rasmi memulakan langkah bagi memperkenalkan siri telefon pintar terbaharunya, iQOO Z11 5G dan iQOO Z11x 5G, sebuah peranti generasi akan datang yang menggabungkan reka bentuk elegan dengan prestasi kuasa yang luar biasa.

Meskipun hadir dengan profil fizikal yang ultra-nipis dan ringan, siri ini tidak berkompromi dari segi ketahanan apabila dilengkapi dengan kapasiti bateri gergasi serta sistem penyejukan paling maju dalam kelasnya.

Tarikan utama iQOO Z11 5G adalah penggunaan bateri Silicon BlueVolt 9,020mAh, antara yang terbesar pernah dimuatkan dalam peranti iQOO.

Menggunakan teknologi anod silikon generasi keempat, ia mampu mengekalkan profil nipis hanya 8.25mm tanpa mengorbankan kecekapan tenaga.

Bagi memastikan pengguna sentiasa bersedia, ia turut menyokong 90W FlashCharge serta ciri Bypass Charging yang membantu mengurangkan haba ketika bermain permua (gaming) sambil mengecas.

iQOO turut menjanjikan komitmen kesihatan bateri selama lima tahun untuk penggunaan jangka panjang.

Bagi mengimbangi kuasa bateri yang besar, iQOO Z11 5G dilengkapi Sistem Penyejukan Icecore 7,000 mm² dengan jumlah keseluruhan kawasan penyejukan mencecah 18,000 mm², haba dapat diagihkan secara cekap dari kawasan kritikal seperti cipset dan kamera.

Sistem Kawalan Suhu Pintar yang dipertingkatkan mampu menurunkan suhu permukaan sehingga 1.6°C walaupun selepas satu jam sesi permainan intensif, sekali gus memastikan prestasi kekal stabil tanpa masalah overheating.

Dari aspek estetik, iQOO Z11 5G membawakan rekaan bucu bulat 9.13 darjah yang diinspirasikan daripada model perdana iQOO 15, memberikan cengkaman yang lebih selesa. Modul kamera Floating Porthole dengan bingkai logam menambah sentuhan moden dan premium.

Peranti ini hadir dalam dua pilihan warna menarik iaitu Glacier Blue yang memberikan aura tenang, serta varian hitam bagi mereka yang mahukan penampilan lebih sofistikated.

Turut diperkenalkan adalah iQOO Z11x 5G yang dikuasakan oleh pemproses MediaTek Dimensity 7400-Turbo. Ia dilengkapi bateri 7,200mAh dengan pengecasan pantas 44W, selain memiliki penarafan kalis debu dan air IP68 & IP69.

Rakyat Malaysia boleh mula membuat pra-tempahan bermula 27 April sehingga 5 Mei 2026.

Pembeli iQOO Z11 5G bakal menerima hadiah eksklusif bernilai sehingga RM516, termasuk Beg galas iQOO, iQOO Buds Air, Lanjutan waranti satu tahun dan Perlindungan retak skrin selama setahun

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh melayari saluran media sosial rasmi iQOO Malaysia di Facebook dan Instagram.