iQOO Neo 10 Bakal Dilancarkan 5 Jun – Tawaran Eksklusif TikTok Menanti
- oleh Mohd Indera
- 3 hari lalu

Jenama telefon pintar iQOO Malaysia bakal melancarkan model terbaharu mereka, iQOO Neo 10, secara rasmi pada 5 Jun 2025. Pelancaran ini turut disertakan dengan pelbagai promosi dan tawaran eksklusif yang hanya boleh didapati menerusi platform TikTok iQOO Mall.
iQOO Neo 10 dilengkapi dengan gabungan dwi-cip berprestasi tinggi iaitu cip pemproses Snapdragon 8s Gen 4 dan cip grafik Superkomputer Q1 yang dibangunkan sendiri oleh iQOO.
Gabungan dua cip ini menjanjikan pengalaman penggunaan yang lebih pantas dan lancar, terutamanya untuk permainan mudah alih serta aplikasi intensif.
Dua varian utama akan ditawarkan secara eksklusif di TikTok. Model iQOO Neo 10 dengan konfigurasi 12GB RAM dan 256GB storan hadir bersama empat hadiah percuma termasuk waranti lanjut selama dua tahun, perlindungan skrin retak selama 180 hari, serta fon kepala Fantech Kitty dan Fantech Gaming Headset.
Manakala varian 16GB RAM dan 512GB storan turut disertakan dengan hadiah seperti iQOO Buds 1i serta set papan kekunci dan tetikus tanpa wayar keluaran Fantech. Semua hadiah tertakluk kepada ketersediaan stok.
Dari segi spesifikasi, iQOO Neo 10 dilengkapi paparan AMOLED 1.5K dengan kadar segar semula 144Hz, bateri BlueVolt 7000mAh generasi ketiga serta sokongan pengecasan pantas 120W. Ia turut menampilkan sistem penyejukan Ultra VC 7 bagi memastikan prestasi optimum walaupun ketika penggunaan intensif.
Sepanjang tempoh promosi dari 5 Jun hingga 9 Julai 2025, pengguna berpeluang mendapatkan aksesori tambahan pada harga istimewa seperti iQOO Buds 1i pada RM59, iQOO Finger Sleeves pada RM9, dan pengecas pantas 120W pada harga RM120.
iQOO turut menawarkan baucar diskaun menerusi TikTok pada waktu terhad, antaranya potongan RM3 bagi pembelian minimum RM20, potongan RM60 bagi pembelian RM200 ke atas, serta diskaun sehingga RM200 untuk pembelian waktu puncak.
Sebagai sebahagian daripada strategi pemasaran digital, iQOO akan melancarkan program “Top Creator Squad 100” yang menghimpunkan 100 pencipta kandungan TikTok untuk mempromosikan iQOO Neo 10 melalui video eksklusif dan siaran langsung.
Selain itu, pertandingan Ranking Livestream yang akan berlangsung dari 9 hingga 17 Jun memberi peluang kepada pelanggan untuk mendapatkan iQOO Buds 1i secara percuma dengan pembelian semasa siaran langsung.
Tiga pencipta kandungan teratas turut berpeluang memenangi hadiah utama termasuk wang tunai dan kerusi gaming Fantech bernilai sehingga RM3,888.
Pihak iQOO Malaysia menyarankan orang ramai agar mengikuti saluran rasmi mereka di TikTok serta media sosial lain untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan promosi dan kemas kini pelancaran.
Orang ramai dinasihatkan supaya membuat pembelian awal kerana jumlah unit dan hadiah yang ditawarkan adalah terhad. Semua promosi tertakluk kepada terma dan syarat.