Ikuti Kami:

“Instafamous” Merosakkan Pokok Hiasan DBKL Dikecam

“Instafamous” Merosakkan Pokok Hiasan DBKL Dikecam

Gara-gara ingin mengambil gambar berlatar belakangkan daunan hijau, seorang instafamous sangup berbaring diatas pohon perhiasan di sekitar presint River of Life (RoL) di Kuala Lumpur.

Di satu hantaran di laman facebook, pengguna bernama Noor Fazlina Rosley telah menegur tindakan instafamous itu yang dianggap tidak bertanggungjawab dan merosakkan harta benda awam.

“Amboi, seronoknya dia berbaring² (walaupun sekadar 2 saat) di atas pokok yang ditanam oleh pihak DBKL untuk awam.

“Anda adalah seorang selebriti dan influncer; ramai followers.. 1.2 juta ramainya. Tapi tindakan anda ini akan mengundang lebih ramai lagi mengikuti jejak langkah anda untuk melakukan aktiviti yang merosakkan harta benda awam.

“Anda tidak ada hak untuk sewenang-wenangnya melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan harta benda awam, hatta pokok bunga sekalipun. Ia adalah tindakan yang tidak bertanggung-jawab dan tidak bertimbang-rasa”, tulisnya lagi.

Beliau juga menegaskan walaupun perkara ini dianggap remeh tetapi tindakan merosakkan harta benda awam tidak boleh diambil ringan dan tindakan tegas perlu diambil oleh pihak berkuasa tempatan dengan mendenda dan menghebahkan kepada media supaya ia menjadi teladan.

Sementara itu, DBKL melalui laman Facebook nya turut menegur perbuatan ini yang terang-terangan melakukan kesalahan.

“Tidak kira anda siapa…atau apapun tujuan anda…anda telah melakukan kesalahan di sini..

“Pertama merosakkan harta Datuk Bandar Kuala Lumpur di bawah Undang Undang Kecil Vandalisme dan kedua melakukan penggambaran tanpa memperolehi kebenaran terlebih dahulu daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur.

DBKL jugak mengingatkan orang ramai, tujuan bunga dan pohon renek ini ditanam adalah untuk hiasan dan keindahan bukan untuk di musnahkan.

Tinjaun di bahagian komen dapat dilihat rata-rata netizen kesal dan marah dengan tindakan ini.

Hasil semakan di laman Instagram, didapati tindakan Instafamous berkenaan hanyalah memenuhi kehendak ‘team photo’ sebuah jenama baju raya tempatan.

Komen
Loading...