Ikuti Kami:

Inilah Nek Sapiah Yang Tular “Voice Note” Bertutur Loghat Melaka

Inilah Nek Sapiah Yang Tular “Voice Note” Bertutur Loghat Melaka

Masih ingatkah lagi dengan rakaman suara seorang nenek yang mengingatkan ‘Dak Syafiq’ supaya tidak membeli sate di Sungai Putat, Melaka, sehingga tular ketika awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Mac lalu.

Rupa-rupanya, nenek yang bertutur pekat ‘loghat’ Melaka itu tinggal di Sungai Putat yang menjadi antara lokasi mempunyai satu kes positif Covid-19.

Nenek Sapiah atau nama sebenarnya Kamsiah Jantan, 70, tidak menyangka rakaman suaranya tular dan menjadi ajukan pengguna media sosial, termasuk beberapa artis dan selebriti tempatan sambil melakonkan aksi.

Sapiah berkata, ketika merakamkan suara menerusi nota suara di aplikasi Whatsapp itu, niatnya hanya untuk mengingatkan cucunya, Mohammad Syafiq Mohd Don, 28 atau lebih dikenali sebagai ‘Dak Syafiq’ supaya tidak membeli sate di Kampung Sungai Putat, susulan satu kes positif Covid-19 direkodkan di kawasan terbabit dua bulan lalu.

“Saya memang tak sangka, tiba-tiba dah jadi macam ni (suara menjadi tular), alah mak tuan nenek kata, nenek rasa nak marah juga, tapi apa nak kata (benda dah jadi).

“Yang merakam suara tu seorang lagi cucu saya guna telefon bimbit dia, saya pun cakaplah (macam biasa), tiba-tiba (rakaman suara) melarat (tular), Allahuakbar,” katanya.

Sapiah berkata, dia bagaimanapun tidak mengambil hati dengan ajukan orang ramai malah menyifatkan ia satu hiburan supaya lebih mengenali dialek Melaka.

“Ada juga yang ajuk sampai buat lagu dondang sayang. Macam-macam dia orang buat, saya ‘dengau’ je la (dengar sajalah), nak buat macam mana,” katanya seperti dipetik Harian Metro.

Terdahulu, Sapiah bersama Mohammad Syafiq serta jirannya, Hasnah Mohamad, 67, (Dak Senah) serta anak Hasnah, Mohammad Shaari Mohd Salleh, 35, (Dak Ayu) menerima sumbangan daripada kerajaan negeri yang disampaikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali.

Keempat-empat watak dalam rakaman itu iaitu Sapiah, Dak Syafik, Dak Senah dan Dak Ayu turut menjadi perhatian apabila disebut dalam ucapan Sulaiman pada Majlis Amanat Ketua Menteri di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di Ayer Keroh semalam.

Jom kita dengarkan semula “voice note” yang tular itu.

Sumber : Harian Metro.
Foto : Facebook Datuk Sulaiman Md Ali.

BACA : Melaka Dapat TYT Baru, Pertama Kali Dari Anak Jati Melaka

Komen
Loading...