Ikuti Kami:

Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus Mengenai Maksud Cerai Taklik

Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus Mengenai Maksud Cerai Taklik

Menerusi satu perkongsian di Tiktok, terdapat satu video penjelasan dari pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus mengenai cerai taklik antara pasangan suami isteri.

“Ia ada taklik biasa tanpa kait dan kait (dengan perbuatan). Kebiasaannya ialah berkait dengan perbuatan.

Pendakwah itu juga ada memberikan contoh situasi mengenai kes cerai taklik untuk orang ramai lebih mudah faham.

“Contohnya apabila suami kata, ‘kalau awak pergi juga rumah kawan awak di Seberang Takir, maka jatuh satu talak.’ Itu adalah cerai taklik.

“Tapi jika isterinya pergi ke Seberang Takir tapi tidak ke rumah kawannya, maka itu tak jatuh talak.

“50 tahun isterinya tak pergi ke rumah kawan tersebut tetapi pada tahun ke 51 isterinya pergi, oleh itu jatuhlah talak walaupun ketika itu suaminya sudah nyanyuk.

Bukan tu jer, kata Ustaz Azhar Idrus lagi yang cerai taklik itu akan sah apabila si isteri diberikan pilihan

“Tetapi ia akan sah apabila si isteri mempunyai sesuatu pilihan.

“Contohnya, si suami kata, ‘lepas daripada ini kamu bernafas, maka jatuh talak.’ Itu tidak sah dan tidak boleh.

Isu cerai taklik menjadi hangat setelah Syamsul Yusof memfailkan cerai terhadap Ira Kazar dan mahkamah mengesahkan wujud pelanggaran taklik.

Komen
Loading...