Ikuti Kami:

Ingkar PKP: Timbalan menteri, exco Perak dihadap ke mahkamah esok

Ingkar PKP: Timbalan menteri, exco Perak dihadap ke mahkamah esok

Susulan dakwaan mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Exco kerajaan negeri Perak, Razman Zakaria akan dihadapkan ke mahkamah pada Selasa.

Kedua-dua mereka dijangka didakwa atas pertuduhan ingkar PKP di Mahkamah Majistret Gerik

Ketika ditanya bagi mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain menerusi pesanan aplikasi Whatsapp berkata: “Pergi ke Mahkamah Majistret Gerik pagi esok,”

Terdahulu, gambar Dr Noor Azmi dan Razman menghadiri jamuan di sebuah Maahad Tahfiz di Lenggong ketika PKP sedang dilaksanakan, menjadi tular di media sosial.

Pada 20 April lalu, Dr Noor Azmi memberikan keterangan berhubung dakwaan kitu di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.

Dalam satu kenyataan media, ahli Parlimen Bagan Serai itu berkata, beliau bersedia untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dalam menjalankan siasatan.

Melalui kenyataan itu, Dr Noor Azmi juga memohon maaf kepada rakyat Malaysia behubung insiden itu yang didakwa telah melanggar arahan PKP.

Razman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gunung Semanggol turut tampil mengeluarkan kenyataan permohonaan maaf

Komen

Loading...