IKLAN

"Ingat Senang Ke Keje Kami" - Abang Posmen Dikejar Anjing Sehingga Ke Atas Pagar

“Siapa cakap kerja kami senang, sampai atas pagar member aku duduk hari ini,” kongsi Zulhelmee Mazzamudin di Facebook pada semalam.

Perkongsian video beliau yang menunjukkan rakannya itu dikejar anjing sehingga terpaksa memanjat pagar itu sudah pun mendapat lebih 50,000 perkongsian di Facebook sejak ia mula dimuatnaik.

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen di hantaran tersebut juga rata-rata tidak dapat menahan ketawa mereka walaupun mengakui sedikit kesian dengan nasib yang menimpa rakannya itu.

IKLAN

“20 kali juga aku ulang tengok. Member memang cuak habis, yang seorang lagi bantai gelak kaw-kaw,” tulis Mnasim Alfredna.

Manakala seorang lagi netizen, Sal Hamid pula berkata ‘Kesian dia, Alhamdulillah selamat tak jatuh. Moga Allah murahkan rezeki awak’.

Ketibaan ‘abang posmen’ atau pekerja penghantaran bersama bungkusan mereka sentiasa saja menjadi waktu yang ditunggu-tunggu oleh kita semua terutama di musim perintah kawalan pergerakan ini – dengan aktiviti membeli di dalam talian dikatakan meningkat.

Walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan kekangan seperti jumlah bungkusan yang perlu dihantar setiap hari agak tinggi, namun mereka ini akan sentiasa memastikan ianya dapat dilakukan dengan sebaik mungkin.

Jom like Facebook & follow Twitter mDaily bagi mendapatkan berita hangat dan terkini di seluruh dunia.

IKLAN