Infinity Vibes Fest 2025: Satukan Fun Run, Kopi Artisanal & DJ Tempatan Dalam Sehari
- oleh MDaily Editor
- 24 Nov 2025 7:02 pm
Infinity Vibes Fest 2025 bakal memberi nafas baharu kepada festival gaya hidup tanah air apabila menghimpunkan elemen larian, kulinari, kopi artisanal, muzik urban dan komuniti dalam satu acara sehari penuh pada 13 Disember 2025 di Dataran MAEPS, Serdang.
Acara anjuran Infinity Love Creative Ventures (ILCV Events) ini mengekalkan identiti sebagai festival sepenuhnya bebas alkohol, sekali gus menjadikannya ruang hujung minggu yang selamat, mesra keluarga dan inklusif untuk semua lapisan masyarakat.
Penganjur, Shasha Samsudin dan Creative Show Director, En Fidote berkata festival itu dibangunkan sebagai platform gaya hidup moden yang menyatukan pelbagai hobi popular dalam satu pengalaman menyeluruh.
“Objektif utama kami adalah memperkenalkan sebuah One-Day Lifestyle Event yang menggabungkan larian santai, kopi, pencuci mulut, kulinari gaya hidup dan muzik. Semua ini direka untuk dinikmati tanpa gangguan sepanjang hari,” katanya.

Persembahan DJ tempatan seperti DJ MIA, DJ DEVO WAYNE, DJ ALIPH, DJ ASAP, DJ ALIPP, DJ FAZZ, DJ SYAZA dan DJ LOLLIPOP, pemegang rekod Malaysia’s Youngest DJ.
Beliau berkata, festival itu turut memberi ruang besar kepada bakat DJ tempatan untuk tampil ke pentas utama dan memperkenalkan muzik urban kepada khalayak lebih luas.
“Kami mahu membuka lebih banyak peluang kepada DJ tempatan, terutama bakat muda yang semakin menyerlah,” jelasnya.
Mengulas konsep festival sehari, Shasha berkata format itu membolehkan pengunjung menikmati semua segmen secara fokus, selain memudahkan pengurusan logistik dan memastikan pengalaman lebih tersusun.
“Tahun ini kami juga memperkenalkan R&B & Hip-Hop Picnic pertama di Malaysia, di mana pengunjung boleh berkelah sambil menikmati muzik urban yang dimainkan DJ tempatan,” katanya.
Selain muzik, festival turut menonjolkan dunia kulinari moden dengan menghimpunkan barisan pengusaha kopi, pencuci mulut, bakeri dan kudapan artisanal tempatan.
“Kami mahu terus menyokong pengusaha kecil serta membina komuniti gaya hidup yang positif,” tambahnya.
Infinity Vibes Fest 2025 menawarkan empat segmen utama iaitu Coffee & Dessert Run, Food Fest, R&B & Hip-Hop Picnic, dan Local DJ Night.
Antara tarikan termasuk larian 5KM yang masih dibuka penyertaannya, penampilan pempengaruh Leha Ohsem.
Festival itu menyasarkan kehadiran antara 3,000 hingga 10,000 pengunjung terdiri daripada keluarga, fun runners, peminat kopi dan dessert, pelajar serta golongan dewasa muda.
Acara berkenaan turut menerima sokongan jenama seperti Kopi Dua Darjat, F&N (100PLUS), Park Inn Hotel by Radisson dan MAEPS Serdang. Pelbagai hadiah menanti pengunjung termasuk jam Roerdum, baucar penginapan Park Inn, televisyen pintar dan hamper.
Tiket kombo untuk R&B & Hip-Hop Picnic dan Local DJ Night turut ditawarkan pada harga RM120.
Maklumat lanjut dan pembelian tiket boleh didapati melalui laman web rasmi www.infinityvibesfest.com atau talian hotline +6011-3300 0017.




