Ikuti Kami:

Industri Kecil Dan Sederhana Akan Dibenarkan Untuk Kembali Beroperasi

Industri Kecil Dan Sederhana Akan Dibenarkan Untuk Kembali Beroperasi

Kerajaan hari ini telah memutuskan untuk membenarkan semua syarikat-syarikat kecil termasuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) untuk kembali beroperasi

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kebenaran kerajaan hanya kepada syarikat besar sahaja yang boleh beroperasi. Ini menimbulkan kegusaran kepada pengusaha kecil dan sederhana.

“Mengenai syarikat-syarikat besar, benar mereka sudah pun beroperasi dan insyaAllah tunggu pengumuman nanti kerana dari segi di antara kelonggaran-kelonggaran yang akan diberi adalah syarikat-syarikat kecil juga akan dibenarkan beroperasi.” -Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Jelasnya lagi,kenyataan rasmi beserta Prosedur Operasi Standard (SOP) akan diumumkan dalam masa terdekat dan ianya perlu dipatuhi oleh semua syarikat terbabit.

Di harap kesemua syarikat yang dibenarkan beroperasi ini akan sentiasa mematuhi peraturan dan SOP yang telah ditetapkan agar wabak COVID-19 tidak terus menular dan memberikan kes baharu kelak.

Kerajaan sentiasa memastikan keseimbangan di antara keselamatan kesihatan dan ekonomi rakyat terpelihara.

Komen
Loading...