Ikuti Kami:

Individu Dikecam, Dakwa Ada Kalimah ‘Allah’ Di Label Pakaian ‘We Bare Bears’

Individu Dikecam, Dakwa Ada Kalimah ‘Allah’ Di Label Pakaian ‘We Bare Bears’

Baru-baru ini, tular dia media sosial berkenaan satu dakwaan yang dibuat oleh individu yang menyatakan terdapat kalimah Allah pada logo siri animasi terkenal ‘We Bare Bears’.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di group Facebook Kuala Terengganu Residen, individu ini meminta agar orang ramai berhati-hati ketika membeli pakaian anak-anak mereka.

Kenyataan tersebut disertakan sekali dengan dua keping gambar yang menunjukkan label baju yang tertera logo siri animasi dari Amerika Syarikat itu. Individu itu mendakwa kalimah itu boleh dilihat di perkataan ‘We’ pada logo tersebut.

Saya nak bagi tahu semua warga Terengganu, kalau nak beli baju anak-anak dekat KTCC tu molek-molek sikit. Ini kena di batang hidung saya sendiri masa beli tak tengok betul tag di baju.

Baju ini saya beli dekat KTCC. Cuba korang tengok betul-betul lambang tu, memang betul nama Allah SWT.

Namun begitu, netizen pula beranggapan hal tersebut sesuatu perkara remeh yang jadikan isu oleh individu terbabit.

Segelintir daripada mereka turut menasihatinya agar tidak terburu-buru mengeluarkan dakwaan tanpa mencari tahu perkara sebenar.

Nanti orang keji marah pulak, cuba buka mata besar sikit.

Komen
Loading...