Ikuti Kami:

Individu Buat Pesanan Palsu Habis 30 Rider Kene “Prank”

Individu Buat Pesanan Palsu Habis 30 Rider Kene “Prank”

Dalam keadaan dunia yang sedang berdepan dengan krisis wabak penyakit, masih ada juga manusia-manusia pendek akal yang sengaja mahu menambahkan beban terhadap orang lain.

Di Thailand, seramai 30 orang penghantar makanan Foodpanda telah dipermainkan oleh seorang individu yang membuat pesanan makanan dengan menggunakan alamat palsu.Individu terbabit disyaki membuat 80 pesanan kepada 30 orang penghantar makanan yang berlainan, dengan tidak membayar satu sen pun lagi.

Difahamkan, individu terbabit telah membuat kesemua pesanan dengan menggunakan alamat palsu yang sama kepada 30 orang penghantar makanan itu.

Jadi, kesemua rider terkejut apabila didapati mereka telah diberikan alamat palsu yang sama, dapat dilihat bungkusan makanan terbiar tanpa ada sesiapa yang datang menuntut.

Insiden ini nyata telah menyebabkan banyak kerugian, justeru pihak restoran dan penghantar makanan Foodpanda telah membuat laporan polis. Diharapkan, dapat la jumpa orang yang buat prank ni.

Sumber : WOB

Komen
Loading...