Ikuti Kami:

Imran Ajmain Kongsi Tips Turun Hilang 33kg

Imran Ajmain Kongsi Tips Turun Hilang 33kg

Penyanyi dan penulis lagu terkenal, Imran Ajmain, baru-baru ini berkongsi perjalanan inspirasi penurunan berat badannya melalui sebuah kiriman di platform media sosial X.

Dalam hantaran tersebut, Imran mendedahkan bahawa dia berjaya menurunkan sebanyak 33 kilogram dalam tempoh dua tahun dengan mengubah gaya hidup dan tabiat pemakanannya.

“Saya buat itu. Saya hilang 33kg dalam tempoh dua tahun dengan mengurangkan gula dalam minuman, mengurangkan karbohidrat kegemaran saya, dan belajar memasak,” tulisnya.

Imran juga berkongsi bahawa selain daripada mengawal pengambilan gula dan karbohidrat, beliau turut mengamalkan diet vegan-vegetarian dalam beberapa kitaran 21 hingga 40 hari, dengan pengecualian untuk belacan.

Imran juga mengakui ada “cheat day” sepanjang mengamalkan diet ini.

Perjalanan penurunan berat badan ini tidak hanya memberikan manfaat dari segi penampilan fizikal, tetapi juga memberi kesan positif kepada kesihatannya. Imran turut berkongsi bahawa dia berjaya menghilangkan sakit pada lutut kanannya setelah menurunkan berat badan.

Kisahnya menjadi inspirasi kepada ramai yang juga berjuang untuk menurunkan berat badan dan menjalani gaya hidup lebih sihat.

Imran, yang terkenal dengan lagu-lagu seperti “Seribu Tahun” dan “Selamat Ulang Tahun,” terus menjadi idola ramai bukan sahaja kerana bakat muziknya, tetapi juga kerana komitmennya terhadap kesihatan dan kesejahteraan diri.

Komen
Loading...