Ikuti Kami:

Iftar Rumah Lauk Tawar Lebih 150 Juadah Kampung & Rusa Golek, Harga Bawah RM100!

Iftar Rumah Lauk Tawar Lebih 150 Juadah Kampung & Rusa Golek, Harga Bawah RM100!

Pemilik Rumah Lauk, Rahmah Sheriff (tengah) bersama Chef Azmi (kanan) dan Chef Eksekutif 2 Mohd Bahar Abdullah (kiri) bergambar kenangan sempena pelancaran bufet Ramadan di Putrajaya malam tadi

Menawarkan lebih 150 variasi juadah kampung serta kelainan hidangan Rusa Golek pada harga bajet di bawah RM100, Iftar Rumah Lauk yang dianjurkan oleh Marvelous Mama Sdn Bhd di Nafoura Hall, Shaftsbury Putrajaya, malam tadi nyata mencuri tumpuan.

Majlis pelancaran bufet Ramadan itu turut dimeriahkan dengan kehadiran pelakon popular tanah air, Linda Rafar bersama keluarganya yang hadir menyantuni tetamu dalam suasana penuh kemesraan.

Turut mencuri perhatian ialah suami beliau yang juga pelakon, Syed Aiman, serta adiknya, Diana Rafar, yang bersama-sama menyantuni tetamu dan peminat dalam suasana penuh kemesraan menjelang ketibaan bulan Ramadan.

Majlis tersebut memperkenalkan konsep bufet Ramadan bertemakan masakan kampung dan warisan menerusi slogan “Dari Dapur Kami ke Meja Anda”.

Menawarkan lebih 150 variasi hidangan kampung setiap hari, Iftar Rumah Lauk menyasarkan keluarga serta organisasi korporat di sekitar Putrajaya, Cyberjaya, Bangi dan Serdang.

Sebagai pembukaan istimewa, 200 pelanggan terawal berpeluang menikmati bufet tersebut secara percuma, selain kehadiran selebriti jemputan pada setiap hujung minggu yang dijangka menjadi tarikan utama pengunjung.

Kelainan paling menonjol pada bufet kali ini ialah hidangan Rusa Golek yang ditawarkan setiap hari sebagai alternatif kepada kambing golek yang lazim ditemui di bufet Ramadan lain.

Diperap dengan rempah ratus tradisional sebelum dipanggang sempurna, sajian premium ini menjadi simbol keberanian jenama dalam memperkenalkan variasi eksklusif yang jarang ditemui di pasaran.

Menurut Chef Eksekutif 1, Azmi Kamal, keunikan menu yang diketengahkan merupakan gabungan resipi tradisi keluarga dan teknik penyediaan moden.

“Kami mahu tetamu merasai pengalaman berbuka seperti di kampung sendiri. Rusa Golek ini diperap dengan campuran rempah ratus khas selama beberapa jam bagi memastikan rasa sebati dan tekstur daging kekal lembut serta berjus,” katanya.

Dalam pada itu, Marvelous Mama Sdn Bhd yang merupakan pengeluar makanan sejuk beku sedia dimakan turut mengumumkan perancangan pembukaan restoran tetap ‘Rumah Lauk’ di Kuala Lumpur pada penghujung April ini, diikuti cawangan di London dan Jakarta tahun ini.

Syarikat itu sebelum ini berjaya menembusi pasaran eksport ke Dubai dan London dengan produk seperti rendang, lemang durian, ketupat palas, daging dendeng serta sata ikan dan ayam yang mendapat pujian atas keaslian rasa tradisi.

Selain sajian hebat, pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan buskers secara langsung, dengan kemudahan surau turut disediakan demi keselesaan tetamu menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Terawih.

Bagi menghargai pelanggan, majlis cabutan bertuah akan diadakan pada 17 Mac 2026 dengan tawaran hadiah wang tunai dan emas.

Harga pakej Iftar di Rumah Lauk oleh Marvelous Mama :

– Dewasa: RM99
– Warga Emas & OKU: RM79
– Kanak-kanak (12 tahun ke bawah): RM79
– Kanak-kanak (6 tahun ke bawah): PERCUMA

Untuk tempahan korporat, orang ramai boleh menghubungi Mohd Aqil di talian 013-277 7922 atau 013-277 7244 bagi tempahan biasa.

Loading...