Iftar Dalam Taman: Royale Chulan KL Tawarkan Pengalaman Berbuka Di ‘Courtyard Garden’ Terbesar
- oleh MDaily Editor
- 14 Jan 2026 11:47 pm
Menjelang kedatangan bulan suci Ramadan tidak lama lagi, Royale Chulan Kuala Lumpur tampil dengan kelainan tersendiri melalui pelancaran bufet Ramadan bertemakan “Warna Rasa”.
Berbeza dengan suasana dewan hotel konvensional, Royale Chulan Kuala Lumpur menawarkan pengalaman unik berbuka puasa di dalam taman yang menghijau melalui konsep Courtyard Garden tertutup di Taman Mahsuri yang mampu memuatkan sehingga 700 tetamu dalam satu masa.
Pengurus Besar Royale Chulan Hotel & Resorts Malaysia, Noorazzudin Omar, berkata keunikan itu menjadikan hotel berkenaan satu-satunya destinasi di ibu kota yang menawarkan konsep taman tertutup yang luas dan selesa.

“Pengalaman menyeluruh buat tetamu adalah keutamaan kami. Selain keenakan makanan, kami mempunyai ruang yang boleh menerima sehingga 700 tetamu serentak dengan konsep taman. Ia hanya terdapat di Royale Chulan Kuala Lumpur.
“Bagi memudahkan tetamu, kami turut menyediakan 400 ruang parkir serta kemudahan surau yang luas untuk solat fardu dan solat sunat Tarawih. Jadi, tetamu boleh berbuka, solat dan kemudian menyambung semula jamuan mereka tanpa perlu risau,” katanya selepas majlis pratonton bufet Ramadan “Warna Rasa”, di sini.
Mengulas mengenai menu tahun ini, Noorazzudin menjelaskan tema “Warna Rasa” diinspirasikan daripada konsep ‘1001 ramuan’ yang menggabungkan kepelbagaian herba dan rempah ratus masakan Malaysia.

Sebanyak 150 jenis hidangan disediakan, merangkumi masakan asli Melayu, Cina dan India, selain pilihan barat.
“Tahun ini kami tampilkan keistimewaan paha lembu golek serta kambing golek yang menjadi kegemaran ramai. Selain itu, Nasi Beriani Pakistan dan ‘Sup Periuk Besar’ akan menjadi antara hidangan signature atau tandatangan kami pada tahun ini,” katanya.
Suasana berbuka puasa di hotel itu turut akan dimeriahkan dengan persembahan secara langsung oleh kumpulan Aurora Buskers serta persembahan tarian tradisional Joget Melayu oleh Antava Projects bagi menyuntik elemen kebudayaan.

Bufet Ramadan “Warna Rasa” akan bermula pada 20 Februari hingga 19 Mac 2026, dari jam 6.30 petang hingga 10.00 malam.
Bagi mereka yang ingin membuat tempahan awal, hotel menawarkan harga Early Bird pada RM190 nett untuk dewasa bagi pembelian sehingga 16 Februari ini, berbanding harga asal RM230 nett.
Manakala bagi kanak-kanak, harga yang ditawarkan adalah RM115 nett dan RM161 nett untuk warga emas. Peminat raja buah juga boleh menikmati Pakej Durian tambahan dengan harga RM40 nett bermula jam 8.00 malam.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, orang ramai boleh menghubungi talian WhatsApp +6019 325 4718 atau emel ke [email protected].




