Ikuti Kami:

Ifa Raziah dan Roslan Shah Berdamai Selepas Tujuh Tahun Persengketaan

Ifa Raziah dan Roslan Shah Berdamai Selepas Tujuh Tahun Persengketaan

Penyanyi dan usahawan Ifa Raziah bersama pengacara kelahiran Singapura, Roslan Shah, akhirnya berdamai setelah hampir tujuh tahun tidak bertegur sapa akibat perselisihan faham yang berlaku sejak Januari 2018.

Perdamaian tersebut berlangsung di hadapan tetamu dan pihak media dalam satu sidang media bertemakan Kemaafan Dendam Yang Terindah, bertempat di St. Giles Boulevard Hotel, Mid Valley, Kuala Lumpur.

Kedua-dua selebriti itu mengumumkan hubungan persahabatan mereka kembali pulih, sekaligus melupakan sengketa lama.

Menurut Ifa, walaupun mereka telah berbaik semasa sebuah festival di Singapura baru-baru ini, sidang media ini diadakan di Malaysia untuk memberi penjelasan kepada peminat tempatan yang masih tertanya-tanya tentang hubungan mereka.

“Perselisihan faham kami bermula di Malaysia pada awal Januari 2018, dan hampir tujuh tahun lamanya isu ini berlarutan,” ujar Ifa.

“Alhamdulillah, Allah telah membuka hati kami berdua untuk meleraikan ego masing-masing. Kini, hubungan persahabatan kami kembali seperti sediakala, insya-Allah.”

Ifa turut melahirkan rasa syukur atas sokongan peminat yang tidak henti-henti mendoakan mereka.

Beliau berharap langkah perdamaian ini menjadi inspirasi kepada mereka yang menghadapi konflik serupa.

“Jika ada masalah dengan sahabat, cubalah cari jalan untuk berdamai. Menyimpan dendam hanya akan merugikan diri sendiri,” katanya.

Roslan, yang turut bersetuju dengan Ifa, menyatakan bahawa mereka kini fokus untuk kembali menghiburkan peminat dengan gelagat usik-mengusik yang menjadi identiti mereka.

Dalam sidang media tersebut, Ifa juga berkongsi berita gembira mengenai festival anjurannya, Star Vendors KL Mega Raya Fest 2025, yang dijadual berlangsung di KLBEC KL BASE Exhibition Centre, Kuala Lumpur dari 20 hingga 24 Mac 2025.

Festival bertemakan Nostalgia Raya itu dijangka mencipta sejarah sebagai festival raya terbesar dan terpanjang di Asia, serta bakal dicatatkan dalam Asia Book of Records.

Ifa turut mengundang usahawan tempatan untuk menyertai acara tersebut dengan harga promosi Early Bird bagi booth indoor bermula RM3,999 hingga RM9,999, manakala harga booth outdoor ditawarkan antara RM2,399 hingga RM2,699.

Promosi ini sah sehingga 31 Januari 2025.

Untuk maklumat lanjut, usahawan yang berminat boleh menghadiri hari terbuka bagi melawat tapak perniagaan festival tersebut.

Komen
Loading...