Ikuti Kami:

Iela Nabila Jadi Pilihan Dato’ Fazley Yaakob Untuk Single ‘Tiga Kali’ Yang Mesra-TikTok

Iela Nabila Jadi Pilihan Dato’ Fazley Yaakob Untuk Single ‘Tiga Kali’ Yang Mesra-TikTok

Penyanyi, chef selebriti dan pakar motivasi, Dato’ Fazley Yaakob kembali menggegarkan arena muzik tempatan dengan melancarkan single terbaharu berjudul “Tiga Kali”, hasil kolaborasi istimewa bersama penyanyi baharu berbakat, Iela Nabila.

Single yang berentak rancak dan berinspirasikan dugem (rentak kelab malam) ini, menandakan hala tuju muzik Fazley yang lebih segar dan moden, menepati cita rasa Generasi Z.

Dicipta oleh DJ Fuzz dan Hez Hazmi, lagu “Tiga Kali” membawakan lirik yang menyentuh kisah kecurangan dan ketabahan hati, di mana ia diinspirasikan daripada pengalaman sebenar seorang rakan yang dicurangi berulang kali.

Menurut Fazley, pemilihan Iela Nabila bukan dibuat secara kebetulan. “Kita memang cari suara yang ‘TikTok friendly’—yang ada karakter dan personaliti.

Bila tengok live Iela di TikTok dan dengar lagu-lagu yang dia nyanyi, terus rasa dia paling sesuai untuk lagu ‘Tiga Kali’,” ujar Fazley.

Gabungan suara Fazley dan Iela Nabila, yang disifatkan oleh DJ Fuzz sebagai ‘perfect match’ untuk tema lagu, diharapkan dapat membawa perspektif baharu, terutamanya dari sudut lelaki dalam isu kecurangan yang kini sering tular di media sosial.

Menariknya, lagu “Tiga Kali” ini turut akan diterbitkan dalam versi piring hitam (vinyl record) sebagai edisi eksklusif untuk peminat dan pengumpul setia.

“Tiga Kali” oleh Dato’ Fazley Yaakob dan Iela Nabila boleh mula distrim di tiga platform digital utama iaitu Spotify, TikTok, dan Instagram.

Komen
Loading...