Ikuti Kami:

Ibu Hamil Kehilangan Bayi Kembar, Luah Kekecewaan Terhadap Layanan Hospital

Ibu Hamil Kehilangan Bayi Kembar, Luah Kekecewaan Terhadap Layanan Hospital

Seorang ibu hamil kembar, Nur Hidayah Junai, meluahkan perasaan duka dan kecewa selepas mengalami kehilangan bayi kembarnya pada 21 Oktober 2024.

Dalam hantaran di media sosial, beliau menceritakan detik-detik getir yang dilaluinya ketika bersalin di Hospital Beaufort.

Menurut Nur Hidayah, selepas dimasukkan ke hospital akibat kesakitan yang dialaminya pada 20 Oktober, beliau akhirnya melahirkan bayi kembar lelaki secara normal pada 21 Oktober 2024.

Walaupun bayi pertama (Twin A) dilahirkan dengan berat 1 kilogram dan bayi kedua (Twin B) dengan berat yang lebih rendah, kedua-dua bayi tersebut berada dalam keadaan masih bernyawa sejurus dilahirkan.

Namun, dengan berat hati, beliau mengakui bahawa bayi kembarnya tidak dapat diselamatkan.

“Cukup sifat sudah anak syurga kami, tapi sudah takdir,” tulisnya.

Selepas melahirkan, beliau berehat seketika di wad dan sempat berfikir mengapa tiada usaha yang lebih dilakukan untuk menyelamatkan bayinya.

Nur Hidayah turut meluahkan kekecewaannya terhadap layanan yang diterima di Unit Kecemasan Hospital Beaufort sebelum bersalin.

Beliau merasakan bantuan yang diberikan tidak mencukupi dan berharap agar pihak hospital mengambil tindakan lebih awal bagi menyelamatkan bayi kembarnya.

“Kenapa unit kecemasan tidak beri bantuan dengan betul? Sekurang-kurangnya saya tidak kecewa, tapi saya masih berfikir positif,” ujarnya lagi.

Pada 22 Oktober, beliau dimaklumkan oleh doktor pakar di hospital mengenai keadaan lanjutnya, namun kesedihan terhadap kehilangan anak kembarnya masih jelas dirasakan.

Nur Hidayah berharap pengalaman ini menjadi pengajaran agar tiada lagi ibu yang terpaksa mengalami kehilangan serupa.

Komen
Loading...