Dua beradik terpaksa menunggu dalam kegelapan disamping mayat ibu dan ayah yang maut selama 12 jam selepas terbabit dalam kemalangan di kilometer 20.8, Lebuhraya Utara Selatan menghala ke selatan.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.40 malam ahad lepas, pasangan suami isteri maut manakala dua anak lelaki mereka cedera.
Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Herry Mohd Ali, seorang jurutera manakala isterinya dikenali sebagai Khairrunisa Azman, Kaunselor Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.
Dua anak lelaki pasangan itu dikenali sebagai Anas Ayyash Herry, 6 tahun dan adiknya Ahmad Huzaifah, 4 tahun cedera dihantar ke Hospital Kulai untuk rawatan.
Kemalangan dipercayai berpunca dari tayar belakang kenderaan MPV yang dinaiki empat sekeluarga pecah sebelum terbabas sejauh 100 meter sebelum melanggar sebatang pokok.
Kisah dua beradik ini yang tular di media sosial mengundang sebak dan simpati dari orang ramai.
Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Mustaqim berkongsi sebuah hantaran berkenaan kemalangan tersebut mengundang sebak di jiwanya dan mendoakan agar Allah SWT melindungi dua beradik itu.
“Ya Allah… Sedih nya baca berita budak berusia 4 dan 7 tahun ni.
“Duduk berdua Dalam semak tengah malam , mak ayah meninggal dunia…
“12 jam anak anak ini menahan takot, lapar, sejuk, dahaga, sakit….menanti org datang tolong…
“Ya Allah… Sebak nya hati sy baca berita ni…Semoga Allah melindungi adik beradik ni. Amin… “, tulisnya.
Tinjuan di ruangan komen dibanjiri oleh orang ramai yang simpati kepada nasib dua beradik ini.
Sementara itu Yayasan Pendidikan Hidayah (YPH) melancarkan tabung bantuan bagi membantu anak mangsa.
“Dukacita dimaklumkan bahawa pelajar Master Kaunseling MPPB Khairrunisa Binti Azman telah meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya di Senai, Johor kira-kira 10 malam, 9 Mei 2020 (Sabtu) .
“Allahyarhamah dan Allahyarham suami, kedua-duanya meninggal di tempat kejadian manakala dua orang anak mereka selamat dan sedang dirawat di Hospital Kulai, Johor.
“Allahyarhamah Khairunisa pernah berkhidmat dengan Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH), Johor Bahru sebagai guru Bahasa Inggeris.
“Semoga Allah mengurniakan kebaikan kepada kedua-dua roh sebab meninggal dunia di bulan Ramadan. “, ujurnya di laman Facebook Yayasan Pendidik Hidayah (YPH).
Orang ramai yang ingin membantu boleh ke laman web https://yayasanhidayah.my/anakyatim/