Ibis Kuala Lumpur City Centre Tawarkan Buffet Thai dengan Pelbagai Hidangan Istimewa
- oleh Mohd Indera
- 2 minggu lalu
Sepanjang bulan November ini, Kampung Kitchen di Ibis Kuala Lumpur City Centre mempersembahkan buffet bertemakan makanan Thai, “Jom Makan Thai Food,” yang bakal memanjakan pencinta makanan Thai dengan pelbagai hidangan autentik.
Promosi ini berlangsung setiap hari dari 1 hingga 30 November, menawarkan pilihan buffet makan tengahari dan makan malam yang penuh dengan citarasa asli dari Thailand.
Antara menu utama yang disediakan termasuklah Nasi Ayam Khao Mok yang kaya dengan rempah, Kari Ayam Hijau yang pedas dan aromatik, serta Udang Pedas Ranggup yang pasti menggugah selera.
Para tetamu juga boleh menikmati Sup Thai yang hangat dan menyegarkan, bersama Pad Thai, hidangan mi goreng Thai yang popular.
Bagi peminat hidangan pembuka selera, terdapat Thai Fish Cake yang kenyal dan berperisa, Ayam Pandan dengan aroma harum, serta Ayam Popcorn yang sesuai dinikmati semua.
Tidak lengkap tanpa pencuci mulut, hidangan Thai Red Rubies dan Manggo Sticky Rice yang merupakan kegemaran ramai disediakan untuk melengkapkan pengalaman makan anda.
Thai Red Rubies yang manis dan rangup serta Manggo Sticky Rice yang lembut dan berlemak pastinya akan menjadi penutup hidangan yang memuaskan.
Dengan harga RM59 untuk dewasa dan RM49 untuk kanak-kanak pada hari biasa (Isnin hingga Jumaat, kecuali cuti umum) dan RM79 untuk dewasa serta RM59 untuk kanak-kanak pada hujung minggu (Sabtu, Ahad, dan cuti umum), buffet ini menawarkan nilai yang sangat berbaloi bagi para penggemar makanan Thai.
Selain itu, persembahan buskers secara langsung akan menemani tetamu untuk mencipta suasana yang lebih meriah.
Para pengunjung juga layak menerima diskaun 10% sekiranya mereka adalah tetamu hotel atau ahli, dan kemudahan parkir percuma disediakan bagi semua yang datang. Untuk maklumat lanjut atau tempahan, hubungi +60 3-2778 3388 atau layari www.kampungkitchen.com.