Ikuti Kami:

Hubungan Dengan Shila Amzah Pulih, Fauziah Sarman Hadir Majlis Akikah Cucu

Hubungan Dengan Shila Amzah Pulih, Fauziah Sarman Hadir Majlis Akikah Cucu

Ibu kepada penyanyi terkenal Shila Amzah, Fauziah Sarman, memberi petunjuk bahawa perselisihan antara mereka sudah pun berakhir melalui beberapa perkongsian di Instagram Story miliknya.

Dalam hantaran tersebut, Fauziah berkongsi gambar ketika menghadiri majlis akikah anak kedua Shila, Rhea Akira, hasil perkahwinannya dengan pempengaruh Ubai MZ.

Fauziah turut memuat naik foto mereka sekeluarga yang bergambar di atas pelamin bertemakan warna merah jambu.

Turut kelihatan di majlis tersebut adalah dua adik Shila, Syada dan Syahir Amzah.

Di dalam satu lagi hantaran, Fauziah berkongsi gambar ‘selfie’ bersama Shila, menunjukkan hubungan mereka yang kembali harmoni.

Untuk makluman, kemelut keluarga Shila sebelum ini menjadi perbualan hangat apabila timbul dakwaan bahawa Shila ingin mengusir keluarganya dari banglo di Hulu Langat.

Namun, Shila, atau nama penuhnya Nurshahila Amir Amzah, menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa dia hanya mencari rumah yang lebih kecil buat ibu dan keluarganya.

Komen
Loading...