Ikuti Kami:

Honor 10X Bakal Muncul Sebagai Honor X10, Sokong Rangkaian 5G

Honor 10X Bakal Muncul Sebagai Honor X10, Sokong Rangkaian 5G

Siri peranti pintar Honor X cukup terkenal sebagai salah sebuah model yang disertakan dengan sokongan spesifikasi menarik pada harga jualan yang kompetitif. Kemunculannya juga dilihat telah menerima sambutan yang sangat baik daripada ramai pihak.

Kini, Honor dikatakan dalam persediaan untuk melancarkan pewaris siri X yang seterusnya. Namun, terdapat sedikit perubahan dari segi penjenamaan model. Menurut info yang tertiris, peranti berkenaan bakal dilancarkan dengan nama siri Honor X10 dan bukannya Honor 10X.

Perkara ini disahkan oleh presiden Honor sendiri iaitu Zhao Ming ketika persidangan Global Mobile Internet Conference (GMIC) di China, baru-baru ini. Bagaimanapun, beliau tidak pula berkongsi alasan yang tepat di sebalik penjenamaan semula produk tersebut.

Menurut khabar angin, peranti ini bakal menyertakan sokongan rangkaian 5G dan menggunakan cip pemproses Kirin 820. Ia juga mungkin menyertakan tri-kamera utama dan dijangka muncul pada bulan Mei kelak.

SUMBER RUJUKAN: HUAWEI CENTRAL

Komen
Loading...