IKLAN

Honda Malaysia Umum Turun Harga Kereta CKD, CBU! Penjimatan Sehingga RM9,502.47

HONDA Malaysia mengumumkan pengurangan harga untuk semua kereta jenama itu susulan pengumuman Kerajaan mengecualikan cukai jualan 100 peratus untuk model pemasangan tempatan (CKD) dan 50 peratus untuk model import (CBU) dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

Dengan pelarasan itu, harga model CKD Honda seperti Jazz, BR-V baharu, City, HR-V, Civic baharu, CR-V dan Accord serba baharu dikurangkan antara RM2,788.46* dan RM8,545.63*. Sementara itu, model CBU Honda seperti Odyssey akan lebih murah dalam RM9,502.47*.

Berdasarkan pelan yang dijalankan, Honda Malaysia dilihat telah menurunkan sejumlah besar harga kereta mereka khususnya model CKD yang terdiri daripada Jazz, BR-V, City, HR-V, Civic, CR-V dan Accord yang turun sebanyak RM2,788.46 hingga RM8,545.63.

IKLAN

Selain itu, model CBU yang ditawarkan Honda Malaysia iaitu Honda Odyssey menerima penurunan tertinggi sebanyak RM9,502.47.

Harga baharu tersebut akan berkuat kuasa 15 Jun ini hingga 31 Disember tahun ini. Sebagai tambahan kepada harga baharu, pelanggan juga boleh menikmati layanan istimewa dengan kereta baharu Honda di bawah kempen 'Kita Bersama Deals'.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, pihaknya sangat menghargai sokongan Kerajaan kepada sektor automotif dan usaha memperkenalkan inisiatif galakan pembelian menerusi pengecualian cukai jualan.

Kami harap pengurangan harga kereta ini akan membolehkan pelanggan membeli model Honda pilihan mereka dan menikmati perjalanan dalam negara yang kini dibenarkan, termasuk sokongan Kerajaan untuk mempromosikan pelancongan tempatan selain terus mematuhi amalan keselamatan dalam norma baharu.

IKLAN

"Kami yakin pelan pemulihan ekonomi PENJANA akan memberikan dorongan untuk membantu menyemarakkan semula industri dan menjana kesan domino terhadap ekonomi dalam skala besar. Honda Malaysia aklan terus lakukan yang terbaik untuk menyokong pelan Kerajaan dalam usaha membantu memulihkan ekononomi negara daripada pandemik Covid-19," katanya.

* Jumlah pengurangan dalam Semenanjung Malaysia berkuatkuasa 15 Jun 2020 hingga 31 Disember 2020

**Harga atas jalan tanpa insurans, tertakluk kepada perubahan tanpa notis.

***Tertakluk terma dan syarat. Hanya sah untuk kenderaan berdaftar pada 1 Jun 2020 hingga 30 Jun 2020

Foto: AutoBuzz, Honda Malaysia.

BACA : PM Umum Pelepasan Cukai Jualan Kenderaan Sehingga 100%, Ini Senarai Kenderaan Yang Dipasang Di Malaysia (CKD)

Jom like Facebook & follow Twitter mDaily bagi mendapatkan berita hangat dan terkini di seluruh dunia.

IKLAN