Ikuti Kami:

HIKAYAT ARIANI: Pesona Gaya, Tradisi & Inovasi Bergabung

HIKAYAT ARIANI: Pesona Gaya, Tradisi & Inovasi Bergabung

Dalam meraikan keindahan Aidilfitri, ARIANI kembali mempersembahkan koleksi eksklusifnya, HIKAYAT ARIANI: Pesona Gaya, Tradisi & Inovasi Bergabung, di Grand Ballroom, Kuala Lumpur Convention Centre.

Memadukan unsur tradisional dan sentuhan inovasi, koleksi ini menampilkan lebih 600 pilihan hijab dan busana yang memperlihatkan evolusi gaya moden tanpa mengabaikan warisan keanggunan klasik.

Sebanyak 158 rekaan terkini dipertontonkan kepada lebih 1,000 tetamu dalam pertunjukan fesyen yang memukau.

Dengan kombinasi material premium seperti satin, chiffon, crepe dan brocade, ARIANI membawa revolusi dalam rekaan hijab dan busana untuk meraikan lebaran dengan penuh gaya.

Menurut Datin Seri Farah Haryani, Ketua Pegawai Eksekutif ARIANI, Aidilfitri bukan sekadar momen pertemuan dan kemaafan, tetapi juga simbol kebahagiaan melalui persalinan yang indah dan bermakna.

“Setiap helaian dalam koleksi ini dicipta untuk melengkapkan kesempurnaan lebaran, tidak kira dalam gaya sederhana atau eksklusif,” katanya.

Pesona Hijab & Busana Berkelas ini merangkumi lebih 300 pilihan hijab, termasuk:

– 50 rekaan bawal satin dan twill bercorak
– 100 rekaan bawal voile bercorak
– 50 selendang dalam material cotton, satin dan chiffon
– 100 hijab polos diperincikan dengan sulaman dan kristal Swarovski dalam 60 pilihan warna

ARIANI LUXE pula menampilkan lebih 100 rekaan eksklusif dengan perincian French lace dan kristal mewah, mencerminkan kehalusan seni pertukangan dalam fesyen Muslimah moden.

ARIANI READY-TO-WEAR: 300,000 Busana Raya Menjadikan Aidilfitri lebih bermakna, koleksi ARIANI READY-TO-WEAR (RTW) menawarkan 300,000 helai baju raya dalam 300 rekaan terkini.

Dari baju kurung tradisional hingga jubah moden, koleksi ini didatangkan dalam pelbagai saiz dan material berkualiti tinggi seperti satin, jacquard, chiffon dan brocade.

Kolaborasi Eksklusif: ARIANI X LIBERTY LONDON & BOKITTA Sebagai penghormatan kepada seni fesyen global, ARIANI memperkenalkan kerjasama eksklusif bersama LIBERTY LONDON.

Koleksi LIBERTY X ARIANI menampilkan rekaan elegan yang mengangkat warisan budaya Malaysia dengan empat corak ikonik dari LIBERTY.

Tidak ketinggalan, ARIANI turut berkolaborasi dengan BOKITTA, jenama tudung instant tanpa pin yang popular, dengan koleksi ARIANI X BOKITTA dalam empat pilihan fabrik eksklusif.

Selebriti & Figura Berprestij Meriahkan Pentas ARIANI, Kemunculan pelakon sensasi, Rozita Che Wan sebagai Muse ARIANI LUXE 2025 membuka tirai pertunjukan fesyen dengan gaya memukau.

Turut memeriahkan majlis ialah duta ARIANI seperti Datin Lisa Surihani, Uyaina Arshad, dan Bella Dally, serta 11 wajah baru kempen raya ARIANI 2025, termasuk Uqasha Senrose, Siti Saleha dan Mawar Rashid.

Menutup pentas dengan kemegahan, pertunjukan fesyen ARYAN menampilkan hero-hero legenda Malaysia seperti Dato’ Rahim Razali, Dato’ Fizz Fairuz dan Edika Yusoff dalam persalinan baju Melayu dan kurta yang menonjolkan keunggulan warisan lelaki Melayu.

Kesemua koleksi ARIANI untuk Aidilfitri 2025 akan dijual secara berperingkat bermula hari ini, dengan kemuncaknya pada Jualan Mega Lebaran yang akan berlangsung pada 21 Februari.

Majlis ini turut diserikan dengan persembahan bertenaga daripada ikon muzik tanah air seperti Dato’ Amy Search, Dato’ Awie dan Ziana Zain.

Dengan gabungan gaya, tradisi dan inovasi, ARIANI sekali lagi membuktikan bahawa fesyen bukan sekadar pakaian, tetapi kisah yang diceritakan dalam setiap helaian yang indah.

Aidilfitri kali ini pasti lebih berseri dengan pesona ARIANI yang mengangkat keanggunan dan warisan dalam satu koleksi yang menawan.

Majlis yang penuh gemilang itu turut dihadiri oleh tetamu istimewa iaitu, Tengku Permaisuri Hajjah Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor.

Komen
Loading...