Ikuti Kami:

Hijau, Ilmu & Perpaduan: Melawati Mall Warna-Warnikan Merdeka Ke-68

Hijau, Ilmu & Perpaduan: Melawati Mall Warna-Warnikan Merdeka Ke-68

Menyambut ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-68, Melawati Mall membawa kelainan melalui kempen bertema “Lestari Merdeka” yang berlangsung dari 22 Ogos hingga 30 September 2025.

Sambutan ini menekankan tiga elemen utama hijau, ilmu dan perpaduan bagi menyemarakkan lagi semangat cintakan negara.

Bukan sekadar pusat beli-belah, Melawati Mall menukar ruangnya menjadi medan komuniti yang dipenuhi dekorasi mesra alam, aktiviti berilmu dan acara yang menyatukan masyarakat pelbagai lapisan.

Antara program utama yang menjadi tarikan termasuk:

– Denu Film Showcase (23 Ogos, GF Meranti Court): Tayangan filem tempatan Denu bersama perkongsian kru produksi, diserikan dengan cabutan bertuah serta tiket percuma menonton di pawagam GSC.

– KWSP Knowledge Sharing (24 Ogos): Sesi santai yang penuh manfaat membincangkan persaraan, pengurusan hutang dan pelaburan awal bagi membantu rakyat bebas daripada beban kewangan.

– Pertandingan Bercerita & Kostum Kanak-Kanak (30–31 Ogos): Pentas kreatif untuk kanak-kanak menonjolkan bakat dengan cerita penuh imaginasi serta kostum budaya, sambil menanam rasa cinta kepada negara sejak usia kecil.

– Merdeka Yoga (31 Ogos): Aktiviti unik di mana peserta berkumpul awal pagi bersama One Space Wellness untuk sesi yoga percuma berlatar matahari terbit, melambangkan ketenangan jiwa dan semangat perpaduan.

– Lestari Redemptions (22 Ogos–30 September): Tawaran ganjaran menarik seperti Merdeka Special Edition Travel Umbrella (min. belanja RM168), buku kanak-kanak “My Country and I: The Malaysia Agreement 1963” (min. belanja RM268), serta snek percuma untuk pengunjung berpakaian Jalur Gemilang.

Dekorasi Lestari Merdeka pula direka dengan bahan kitar semula, menzahirkan mesej tentang kepentingan menjaga kelestarian bumi dalam setiap sambutan.

Kempen ini turut disokong oleh penaja utama seperti Lee, Gamers Hideout, Manhattan Fish Market dan Tony Roma’s yang bersama-sama menjayakan promosi serta hadiah eksklusif.

“Melalui Lestari Merdeka, kami mahu wujudkan satu pengalaman bermakna yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga mendidik serta merapatkan hubungan masyarakat,” kata wakil Unit Pemasaran Melawati Mall.

Komen
Loading...