Ikuti Kami:

“Hey You, I Miss You..” – BCL Luah Kerinduan Terhadap Arwah Ashraf Sinclair

“Hey You, I Miss You..” – BCL  Luah Kerinduan Terhadap Arwah Ashraf Sinclair

Jika sebelum ini Bunga Citra Lestari atau lebih dikenali sebagai BCL kurang aktif di media sosial sejak kematian suami tercinta iaitu Ashraf Sinclair, beliau baru-baru ini telah memuat naik sekeping foto arwah suaminya itu dengan kapsyen berbaur kerinduan.

Sudah pasti, mereka yang mengalami pemergian insan tersayang secara tiba-tiba akan terasa kehilangan yang mendalam dalam kehidupan.

Mungkin sekadar ingin meluahkan kerinduan, foto arwah Ashraf Sinclair itu dimuat naik oleh BCL di laman Instagramnya semenjak Allahyarham meninggal dunia pada 18 Februari lalu akibat serangan jantung.

“Hey You, I Miss You.. Each and Everyday…”

Foto tersebut telah berjaya mendapat hampir satu juta tanda ‘likes’ selepas dimuat naik beberapa jam selepas itu.

Sejak pemergian Ashraf, tidak banyak perkembangan hidup dikongsi oleh Bunga Citra Lestari. Terdahulu, beliau meluahkan rasa syukur kerana dapat berpuasa dan menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta pada Syawal pertama.

Namun begitu, peminat sentiasa mendoakan kebahagiaan dapat kembali dirasai oleh BCL walaupun kehilangan insan tersayang.

BCL yang berkahwin dengan Allahyarham Ashraf pada tahun 2008 telah dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Sinclair.

BCL jugak muatnaik video di laman youtube yang bertajuk BCL “Dear Love…”

Komen
Loading...