Ikuti Kami:

“Hero” Warga Bangladesh Rayhan Kabir Kini Ditahan, Bakal Diusir Dari Malaysia

“Hero” Warga Bangladesh Rayhan Kabir Kini Ditahan, Bakal Diusir Dari Malaysia

Hero warga Bangladesh Rayhan Khabir yang sebelum ini muncul dalam laporan kontroversi Al Jazeera telah berjaya ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia pada semalam di Kuala Lumpur.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam kenyataan media berkata Raihan berjaya ditemui selepas dua minggu diburu oleh pihak berkuasa selepas membuat kemunculan dan memberikan kenyataan dalam temu bual dokumentari dihasilkan Al Jazeera Locked Up In Malaysia Lockdown.

Rayhan yang ditangkap selepas dipercayai bersembunyi di sebuah kondominium di Kuala Lumpur akan diusir dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia selepas ini.

“Lelaki Bangladesh ini akan diusir keluar dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya,” kata Khairul Dzaimee dalam kenyataan, hari ini.

Md Rayhan Khabir, warga Bangladesh yang berada di Malaysia sebelum ini mencetuskan kontroversi dengan komen dan pandangan yang diberikannya dalam temubual diterbitkan berkait pengurusan warga asing dalam mendepani COVID-19 oleh kerajaan Malaysia.

Beliau kemudiannya diminta tampil bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63 sebelum akhirnya berjaya ditemui hasil risikan oleh Bahagian Risikan Ibu Pejabat JIM.

Beliau sebelum ini difahamkan bersembunyi di sebuah kondominium di Jalan Pahang, Kuala Lumpur sebelum ditahan semalam.

Terdahulu JIM telah membatalkan permit kerja Md Rayhan Kabir selepas didakwa menbuat kenyataan palsu tentang layanan terhadap warga asing yang ditahan di depoh tahanan semasa ditemu bual agensi berita antarabangsa, Al Jazeera Locked Up In Malaysia Lockdown.

Komen
Loading...