“Henti cari salah saya lagi…” – Aliff Syukri batal jual ‘facemask kalis air’
- oleh Editor
- 4 tahuns lalu
Tular nama usahawan Aliff Syukri sekali lagi gara-gara menjual facemask yang dikatakan kalis air, namun tetap juga bocor setelah dicurah dengan air ke dalamnya.
Berikutan daripada kecaman yang bertalu-talu diterimanya, usahawan tersebut telah memuat naik satu video di IG miliknya untuk menjelaskan isu berkenaan.
Menerusi entrinya, usahawan itu tidak menyangka sama sekali bahawa facemask yang dipromosikan itu akan bocor selepas dicurahkan air.
Tambahnya, facemask yang berharga RM25 itu hanyalah pre-order, namun selepas isu ini usahawan tersebut memutuskan tidak akan menjual facemask itu sama sekali kepada orang ramai dan memohon maaf di atas apa yang telah berlaku.
“Saya ingin tekankan kepada anda semua bahawa mask tersebut saya tidak jual langsung kepada orang sama sekali…”
Baru nampak macam seorang peniaga, ngaku salah
Posting tersebut mendapat hampir 3 ribu komen, rata-ratanya memberi pelbagai reaksi terhadap usahawan tersebut.
Nasib baik dah mengaku
Lain kali jangan yakin sangat tau
Nampak la muka tengah down tu
Diharapkan perkara menjadi buat para peniaga lain, agar sentiasa jujur dalam mempromosikan produk yang hendak dijual.
Sumber : Aliff Syukri