Ikuti Kami:

Havoc Trio Festival 2025 Kembali Gegar WTC Kuala Lumpur

Havoc Trio Festival 2025 Kembali Gegar WTC Kuala Lumpur

Havoc Event & Management Sdn. Bhd. sekali lagi mencetuskan fenomena dengan penganjuran Havoc Trio Festival 2025, festival mega tahunan yang menggabungkan tiga acara utama iaitu Year-End Sale, Food Festival dan Back to School Fair di bawah satu bumbung.

Festival ini akan berlangsung selama empat hari bermula 4 hingga 7 Disember 2025 di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur, dari jam 11 pagi hingga 11 malam setiap hari.

Lebih 300 vendor daripada pelbagai kategori termasuk makanan viral, gaya hidup, produk pendidikan dan kelengkapan persekolahan akan mengambil bahagian dalam acara ini yang dijangka menarik lebih 500,000 pengunjung sepanjang tempoh penganjuran.

Ketua Pegawai Eksekutif Havoc Event & Management Sdn. Bhd., Dato’ Firdaus Nadxaman berkata, pihaknya melihat peluang kedua kepada artis seperti Aliff Aziz sebagai satu bentuk keterbukaan dan sokongan kepada semangat baharu dalam industri hiburan.

“Pihak Havoc melihat peluang kedua ini sebagai satu bentuk inklusiviti dan semangat baharu dalam dunia hiburan,” katanya.

Dato’ Firdaus turut menjelaskan bahawa Havoc Trio Festival bukan sekadar acara membeli-belah, tetapi satu platform menyatukan komuniti, usahawan dan keluarga melalui aktiviti ekonomi serta hiburan.

“Havoc Trio Festival bukan sekadar festival, tetapi satu platform untuk menyatukan komuniti – usahawan, vendor, pelancong dan keluarga. Kami mahu menjadikan acara ini sebagai festival rakyat yang merancakkan ekonomi tempatan sambil menghidupkan semangat kebersamaan hujung tahun. Kehadiran selebriti, jenama besar dan aktiviti Islamik memberi nilai tambah kepada pengunjung,” katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi (COO) Havoc Event & Management Sdn. Bhd., Faizul Mohd Yusof, berkata aspek keselamatan dan keselesaan pengunjung menjadi keutamaan utama dalam penganjuran kali ini.

“Dari segi teknikal dan perancangan, pasukan Havoc telah mempertingkatkan struktur keselamatan, aliran trafik pengunjung dan kemudahan usahawan agar pengalaman Havoc Trio Festival 2025 lebih lancar dan selesa. Kami juga memperkenalkan pelbagai variasi aktiviti dan promosi besar-besaran bagi memastikan acara ini memberi impak kepada usahawan serta pengunjung,” katanya.

Mengangkat tema “Shopping, Eat & Enjoy”, Havoc Trio Festival menawarkan pengalaman berbelanja, menjamu selera dan berhibur dalam suasana penuh warna-warni serta mesra keluarga.

Buat julung kalinya, festival ini turut memperkenalkan program berunsur Islamik dan kerohanian yang menekankan perpaduan ummah seperti Malam Mahabbah, Malam Kerohanian bersama pendakwah jemputan serta Persembahan Nasyid & Special Appearance Penyanyi Lelaki.

Antara tarikan utama tahun ini ialah kemunculan semula artis kontroversi Aliff Aziz, yang dijemput khas untuk membuat persembahan istimewa selepas sekian lama tidak muncul di pentas tempatan.

Selain Aliff Aziz, antara barisan artis yang bakal menghiburkan pengunjung termasuk Mark Adam, Ruhainies, Risteena, Afsan Shaf, Syura Badron, Qistina Raisya, Daud Latah, Chef Ammar, Azza Elite, Saharul Ridzwan, Vokey dan Zarina Zainuddin.

Acara turut menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti Food Challenge, Lucky Draw Harian, Happy Hour Sale Countdown, Back to School Giveaway, serta persembahan malam kerohanian dan permainan rakyat yang dijangka memberikan pengalaman luar biasa buat seisi keluarga.

Havoc Event & Management Sdn. Bhd. ditubuhkan pada tahun 2019 dan terkenal melalui siri Havoc Food Festival (HFF) yang diadakan di seluruh negara.

Dengan lebih 70 penganjuran di pelbagai negeri termasuk Sabah, Sarawak dan Johor, jenama Havoc kini menuju ke Brunei sebagai bukti pengukuhan kedudukannya sebagai peneraju festival berskala besar di Malaysia.

Komen
Loading...