Ikuti Kami:

Harley Davidson Menanti Peminat Bertuah di Konsert CIPTA 3

Harley Davidson Menanti Peminat Bertuah di Konsert CIPTA 3

Seorang penonton bertuah bakal membawa pulang sebuah motosikal mewah Harley Davidson Softail STD FXST bernilai RM114,000, lengkap dengan insurans Etiqa, sempena Konsert DATO’ M. N46IR CIPTA 3 yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada 27 September 2025.

Hadiah istimewa itu merupakan sebahagian daripada kerjasama strategik antara Icon Entertainment, Etiqa sebagai penaja utama, dan Harley Davidson, dalam usaha menjadikan konsert tersebut sebagai sebuah malam penuh sejarah untuk diraikan bersama peminat.

Menurut pengasas Icon Entertainment, Iman Tang, pemenang motosikal akan dipilih dalam kalangan pembeli tiket secara rawak tanpa mengira kategori.

“Ini bukan sekadar konsert, tetapi penghargaan buat peminat yang setia menyokong trilogi konsert CIPTA sejak awal. Malam ini kita rock dengan cara masing-masing,” katanya.

Konsert kali ini menampilkan konsep khas ‘Malam Ini Gua Rock’, dengan penonton digalakkan hadir mengenakan gaya bebas bertemakan ‘Rock Cara Lu… Janji Rock’.

Persembahan akan menampilkan rangkaian lagu-lagu rock ciptaan dan nyanyian Dato’ M. Nasir yang pernah mewarnai industri muzik tanah air.

Konsert ini juga menjadi penutup trilogi konsert berskala besar beliau selepas kejayaan dua konsert terdahulu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Etiqa Insurans & Takaful, Kamaludin Ahmad, berkata aplikasi Etiqa+ memberikan akses awal untuk pembelian tiket pra-jualan selama 24 jam bermula 3 Julai.

“Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Dato’ M. Nasir dan Icon Entertainment dalam menjayakan konsert ini. Aplikasi Etiqa+ juga akan menyediakan kempen menarik untuk peminat berpeluang memenangi tiket konsert,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai cabutan bertuah dan aktiviti berkaitan boleh diikuti menerusi laman Instagram rasmi @iconentertainmentmy dan @datomnasircipta.

Tiket untuk menyaksikan Konsert CIPTA 3 dijual dalam lingkungan harga antara RM258 hingga RM628, mengikut kategori yang ditawarkan. Tiket boleh didapati menerusi laman rasmi www.ticket2u.com.my/mnasircipta3 atau melalui talian WhatsApp 012-6530700.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan malam penuh aura bersama Dato’ M. Nasir dan mungkin pulang dengan sebuah Harley Davidson.

Komen
Loading...