Hari Rock Negara 2025: Sambutan Ambang Tahun Baru Di Medan Mara
- oleh Mohd Indera
- 3 minggu lalu
Hari Rock Negara kembali lagi dengan edisi kelimanya, menjanjikan pengalaman luar biasa buat peminat muzik rock tanah air.
Acara ini akan berlangsung di Medan Mara, Kuala Lumpur pada 30 hingga 31 Disember 2024, bersempena sambutan ambang tahun baharu 2025.
Selepas kejayaan luar biasa pada edisi sulungnya pada 2022 yang menghimpunkan lebih 10,000 peminat, penganjur mensasarkan kehadiran lebih 15,000 pengunjung kali ini.
Acara ini bukan sekadar persembahan hiburan, tetapi turut membawa agenda ilmiah dan kemanusiaan yang jarang diketengahkan dalam festival muzik.
Menurut Pengurus Acara, Mohd Shukri Idrus atau lebih dikenali sebagai Kombatt, Hari Rock Negara bertujuan mengubah persepsi negatif terhadap rockers.
“Ramai menyangka rockers membawa budaya negatif, tetapi sebenarnya ROCK bermaksud ‘Ramai Orang Cari Kebenaran’. Inilah mesej yang kami ingin sampaikan melalui acara ini,” ujar beliau.
Antara program ilmiah yang akan dianjurkan ialah forum bertajuk FLOTILLA dan GAZA, membincangkan solidariti terhadap Palestin, yang akan disampaikan oleh Tuan Kelana Putra Muhamad, seorang sukarelawan yang aktif dalam misi kemanusiaan.
Selain itu, Forum Islamik dan Musik akan mengupas perjalanan penghijrahan pemuzik ke arah dakwah, dengan penampilan En. Nazrie dari Al Farabi Band.
Satu lagi acara utama adalah pelancaran Mad’s Carnival Street Café, yang menjanjikan pengalaman makanan jalanan, aktiviti jualan, dan persembahan muzik dari pelbagai band sepanjang festival.
Barisan Artis dan Band yang Akan Menggegarkan Pentas:
– SYJ
– AL FARABI
– BETA
– KOBRA
– LESTARI
– LANDLORD BLUES
– CRYO INFERNO
– LELA
– WHITE STEEL II
– BLIND JOCKERS
– ANTACID
– SMOKEY MONKEY
– TOGETHER WITH ADAN
– DOUSHCE DEUX
Hari Rock Negara bukan sekadar meraikan muzik, tetapi menjadi platform menyatukan komuniti rock dengan nilai-nilai positif.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada acara ikonik ini!