Ikuti Kami:

Hanya Nama dan Nombor Telefon Pengguna Diperlukan Sebagai Syarat Memasuki Premis

Hanya Nama dan Nombor Telefon Pengguna Diperlukan Sebagai Syarat Memasuki Premis

Hanya nama dan nombor telefon sahaja perlu dicatatkan pelanggan ketika memasuki premis perniagaan, sebagaimana yang dilaksanakan aplikasi Gerak Malaysia.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan memahami kebimbangan dan rungutan orang ramai apabila sesetengah pasar raya meminta nombor pengenalan dan alamat rumah pelanggan, sebelum dibenarkan melakukan urusan pembelian.

“Kita perlukan rekod pengunjung bagi memastikan sekiranya ada jangkitan COVID-19, pengesanan dapat dilakukan, bagaimanapun saya faham ada antara mereka tidak mahu letakkan alamat rumah dan nombor kad pengenalan, kerana bimbang soal keselamatan,” katanya pada sidang media harian di sini, hari ini.

Beliau berkata, nama dan nombor telefon pelanggan sudah mencukupi untuk pihak berkuasa mengesan para pelanggan, sekiranya terjadi jangkitan COVID-19 di sesuatu kawasan premis perniagaan.

Ini susulan SOP baru di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang memberikan kelonggaran kepada sektor ekonomi.

Komen
Loading...