Tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam di seluruh dunia akan menyambut hari raya Aidilfitri. Namun disebabkan dengan wabak pandemik yang melanda berkemungkinan sambutan perayaan ini akan menjadi sedikit berbeza dari tahun sebelumnya.
Terdahulu Perdana Menteri, Tan Sri Muyiddin Yassin mengumumkan kebenaran menyambut perayaan Aidilfitri dan tidak lebih 20 orang tetamu dalam satu-satu masa.
Di dalam sidang media hariannya Datuk Ismail Sabri menegaskan hanya 20 individu sehari dibenarkan untuk menziarah hanya pada hari pertama Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai. Keputusan itu dicapai selepas mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN)
Ziarah Aidilfitri juga adalah dihadkan kepada ahli keluarga terdekat sahaja dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan juga perlu dipatuhi sepenuhnya.
Tambahnya lagi tetamu yang datang ziarah Aidilfitri digalakkan untuk memakai penutup hidung dan mulut serta melakukan penjarakan sosial. Selain itu beliau turut mengingatkan orang ramai untuk perlu menjaga disiplin diri dan cuba elak dari bertemu ramai orang.
“Saya ingin ingatkan bila kita kenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah untuk kita kekal berada di rumah untuk elak diri dari bertembung dengan orang ramai. Walaupun sudah longgar untuk beraya tetapi kita sendiri perlu disiplin untuk elak jumpa ramai orang,” katanya.
Rasanya setiap individu haruslah bertanggungjawab menjaga diri sendiri dalam situasi sekarang ini. Terpulang pada masing-masing jika masih belum bersedia terima tetamu dan menziarahi boleh gantikan dengan panggilan video sebagai pengganti diri.