Hanya Dua Minggu Lagi: Konsert Hanya Satu Jadi Malam Penuh Makna untuk Nora
- oleh Mohd Indera
- 1 bulan lalu
Hanya berbaki kurang dua minggu, Datuk Nora Ariffin bakal melakar detik bersejarah dalam kariernya melalui Konsert Hanya Satu: Datuk Nora Ariffin (30 Years Journey) yang akan berlangsung pada 18 Disember ini di Stage 1 Theatre, PJ Pac, 1 Utama E, Petaling Jaya.
Konsert yang dianjurkan oleh Johan Nawawi Sdn Bhd (JNSB) dengan kerjasama MyCreative Ventures ini akan menampilkan barisan 17 lagu ikonik Nora seperti Di Persimpangan Dilema, Naluri (Hadirlah Kekasih), dan Renungan Terakhir.
Pengurus Projek dan Penerbit, Alita Aris, menjelaskan bahawa konsert berdurasi dua jam ini akan menyaksikan Nora mempersembahkan 17 lagu popular daripada 18 albumnya.
Lagu-lagu ikonik seperti Di Persimpangan Dilema, Naluri (Hadirlah Kekasih), dan Menyemai Cinta Bersamamu akan menggamit nostalgia.
Yang lebih istimewa, segmen khas Tribute to Johan Nawawi akan diadakan sebagai penghargaan buat arwah suami Nora, yang merupakan individu penting dalam kejayaannya.
Konsert ini akan diarahkan oleh Jennifer Thompson selaku Pengarah Persembahan dan diiringi oleh Aubrey Suwito sebagai Pengarah Muzik, memastikan persembahan yang menggabungkan sentuhan peribadi dan keunggulan teknikal.
Tiket kini boleh didapati di www.onetix.com.my dengan harga bermula RM108 hingga RM518, termasuk pakej VIP dan Meet & Greet. Jangan lepaskan peluang menyaksikan persembahan yang hanya akan berlangsung satu malam ini.
Konsert yang dijadualkan bermula pada jam 8.30 malam ini menjanjikan pengalaman istimewa buat peminat.
Kurang dua minggu sahaja lagi – saksikan keajaiban seni Nora dalam konsert Hanya Satu!
Foto Oleh : Maestro Ridwan