IKLAN

Hanis Zalikha Training 'Stunt' Bersama Hairul, Mendapat Pujian Netizen - Boleh Tahan Hebat Sis!

Pasangan selebriti terkenal, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen seringkali menjadi perhatian ramai. Kini kedua-dua selebriti popular ini semakin bahagia dengan kehadiran dua cahaya mata mereka. Yusuf Iskandar merupakan anak pertama mereka yang kini berusia dua tahun.

Manakala pada Mei lalu, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha dikurniakan cahaya mata perempuan yang diberi nama Alisa Aisyah. Nampaknya, pasangan selebriti yang berkahwin pada tahun 2015 ini sudah memiliki sepasang cahaya mata.

Seperti yang diketahui, Hanis Zalikha kini dilihat kurang aktif dalam bidang lakonan dan sangat terkenal sebagai usahawan wanita berjaya dengan perniagaannya. Pun begitu, Hairul Azreen pula sehingga kini namanya semakin terkenal sebagai pelakon aksi hebat sehingga setiap lakonan dalam beberapa filem mendapat sambutan luar biasa.

Namun begitu, menerusi perkongsian terbaru ternyata isterinya itu tidak kurang hebatnya apabila Hairul Azreen ada berkongsikan satu video dilaman Instagram.

IKLAN

Video aksi Hanis Zalikha ini mendapat ribuan tontonan dalam masa yang sekejap selain dia turut menerima komen pujian ramai yang mengatakan dia power.

“Bila wife kena paksa training stunt, boleh tahan hebat Hanis Zalikha…” ujarnya memuji kebolehan isteri.

Dalam masa yang sekejap juga, video aksi Hanis Zalikha dikongsikan suaminya itu mendapat lebih 160 ribu tanda suka dengan pelbagai reaksi ramai yang terkejut dengan kebolehan selebriti jelita itu.

Reaksi ramai diruangan komen

IKLAN

Sumber: Instagram Hairul Azreen

Jom like Facebook & follow Twitter mDaily bagi mendapatkan berita hangat dan terkini di seluruh dunia.

IKLAN