Ikuti Kami:

Haji 2020 : Keputusan Diumum Selepas Raya

Haji 2020 : Keputusan Diumum Selepas Raya

Keputusan sama ada rakyat Malaysia boleh menunaikan ibadat haji pada tahun ini akan diumumkan selepas Aidilfitri, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau berkata Malaysia masih menunggu pengumuman rasmi Arab Saudi sebelum membuat sebarang keputusan mengenai perkara itu.

“Jawapan kita bergantung kepada bagaimana kenyataan daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

“Kita juga akan berbincang secara khusus dalam melaksanakan yang itu (haji) sekiranya dibenarkan… keputusan itu akan diumumkan selepas mendapat satu jawapan yang rasmi daripada pihak Arab Saudi,” katanya kepada media hari ini.

Foto : Bernama

Komen
Loading...