Hael Husaini, Wani Kayrie, Nadeera dan Fadhilah Intan sertai Futureland Festival
- oleh Mohd Indera
- 1 bulan lalu
Kejutan terbaru “Futureland” Festival semakin mengujakan peminat muzik apabila Warner Music Malaysia mengumumkan kemasukan empat artis popular dalam senarai persembahan, iaitu Hael Husaini, Wani Kayrie, Nadeera, dan Fadhilah Intan.
Festival yang bakal berlangsung di Stadium Merdeka pada 23 November ini dijangka padat dengan pelbagai persembahan bertenaga daripada barisan artis terbaik Malaysia.
Hael Husaini, penyanyi dan komposer terkenal, bersama bintang Big Stage, Wani Kayrie dan Nadeera, akan turut memeriahkan pentas festival ini buat pertama kalinya.
Turut membuat penampilan sulung, Fadhilah Intan, yang popular dengan lagu Dawai, akan mempersembahkan lagu terbaharu berjudul Alkisah Jiwa, sebuah kolaborasi dengan Amsyar Leee, sekaligus menambah variasi dalam persembahan muzik malam itu.
Pengarah Urusan Warner Music Malaysia dan Singapura, Dinesh Ratnam menyatakan keterujaannya terhadap penambahan artis baharu dalam festival ini.
“Dengan kehadiran Hael Husaini, Wani Kayrie, Nadeera, dan penampilan sulung Fadhilah Intan, kami ingin menjadikan ‘Futureland’ lebih daripada sekadar festival. Kami mahu mencipta pengalaman muzik yang memukau untuk peminat serta menampilkan barisan artis tempatan yang berkaliber,” ujarnya.
Festival yang juga ditaja oleh Watsons Malaysia dan YES 5G sebagai rakan telco rasmi ini turut menampilkan barisan artis popular seperti Hujan, Bunkface, MASDO, Ayda Jebat, Syamel, TUJU, Zynakal, dan Aina Abdul, yang baru sahaja dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH36.
Perfume Paradise, jenama pewangi tempatan terkemuka, akan turut serta sebagai wangian rasmi festival ini, menawarkan aroma khas yang bakal mencipta suasana unik dan menarik di Stadium Merdeka.
CEO Perfume Paradise, Nur Afiqah Amran, mengulas bahawa mereka berbesar hati menyokong acara ini.
“Sama seperti muzik, aroma juga mampu mencipta kenangan. Kami berharap dapat memberikan pengalaman tak terlupakan buat semua pengunjung,” katanya.
Para peminat turut berpeluang untuk menikmati Watsons Glow Up Zone yang akan menyajikan pelbagai produk kecantikan dan kesihatan, hadiah percuma, serta pengalaman interaktif eksklusif.
Selain itu, terdapat pelbagai gerai makanan dan aktiviti jalanan, termasuk pop-up store, yang akan memeriahkan suasana festival.
Dengan penjualan tiket ‘early bird’ yang sudah habis terjual, tiket fasa kedua kini boleh didapati, dan para peminat digalakkan untuk membeli lebih awal bagi menjadi sebahagian daripada acara muzik bersejarah ini di Stadium Merdeka.
Harga Tiket “Futureland” Festival:
Kemasukan Umum: RM 75
Rock Zone: RM 120
Untuk pembelian tiket, layari: Ticketmelon.
Untuk perkembangan terkini, ikuti “Futureland” di Instagram @futurelandmy atau di TikTok @futureland.my.