Ikuti Kami:

Grandmama’s Angkat Warisan Kuliner Malaysia Melalui Beautiful Malaysia

Grandmama’s Angkat Warisan Kuliner Malaysia Melalui Beautiful Malaysia

Grandmama’s Pavilion Damansara Heights sekali lagi membuktikan komitmennya dalam memelihara warisan kuliner Malaysia melalui acara Beautiful Malaysia.

Disokong oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), acara ini bukan sekadar perayaan makanan, tetapi juga satu inisiatif memperkukuh identiti budaya negara dengan gabungan gastronomi, fesyen, dan seni tradisional.

Sebagai restoran yang terkenal dengan hidangan autentik Malaysia sejak 2012, Grandmama’s memperkenalkan bufet Iftar bertemakan “Keindahan Rasa”, yang menampilkan sajian ikonik seperti Nasi Biryani Ayam Kambus, Beef Rendang Tok dari Perak, dan Laksa Kari signature.

Dengan suasana elegan seluas 8,000 kaki persegi, restoran ini menawarkan pengalaman berbuka puasa yang lebih istimewa melalui sajian berkualiti tinggi yang menggamit nostalgia.

Ketua Chef Masakan Melayu Grandmama’s, Chef Raja Kamaroszaman, menegaskan bahawa tema “Keindahan Rasa” bukan sekadar memperkenalkan makanan tradisional, tetapi juga bertujuan menyampaikan kisah di sebalik setiap hidangan.

“Setiap resipi yang kami sediakan adalah lambang identiti budaya kita. Kami mahu pelanggan bukan sahaja menikmati makanan, tetapi turut memahami keunikan dan sejarah di sebalik setiap sajian,” katanya.

Untuk merancakkan lagi pengalaman pelanggan, Grandmama’s menawarkan bufet Iftar ini pada harga RM89++ seorang, dengan kadar istimewa RM59++ untuk warga emas dan kanak-kanak.

Selain itu, promosi “Beli 4, Percuma 1” dari 10 hingga 16 Mac memberi peluang kepada lebih ramai pengunjung untuk menikmati sajian tradisi bersama keluarga dan rakan.

Beautiful Malaysia turut menampilkan pertunjukan fesyen warisan oleh FM Group, yang menggabungkan elemen batik, songket, dan sulaman dalam rekaan moden.

Demonstrasi sulaman tradisional oleh KEMAS dan pameran barangan warisan Tekat oleh Precious of Malaysia turut menarik perhatian, membuktikan bahawa seni tekstil Malaysia masih relevan dan dihargai.

Menurut Pengarah FM Group, Farel Mikhail, acara ini adalah satu langkah ke hadapan dalam memartabatkan seni budaya Malaysia. “Fesyen, makanan, dan seni adalah elemen penting dalam warisan kita.

Grandmama’s memainkan peranan besar dalam memastikan masakan tradisional terus mendapat tempat di hati masyarakat moden,” katanya.

Dengan kejayaan Beautiful Malaysia, Grandmama’s bukan sekadar sebuah restoran, tetapi sebuah institusi yang memperjuangkan warisan kuliner Malaysia.

Inisiatif ini turut menyokong usaha kerajaan dalam mempromosikan budaya tempatan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026, membuktikan bahawa tradisi boleh terus hidup dalam arus moden tanpa kehilangan identitinya.

Komen
Loading...