Ikuti Kami:

Gracie Abrams Tawan Hati Peminat di Sesi Eksklusif SEAscape

Gracie Abrams Tawan Hati Peminat di Sesi Eksklusif SEAscape

Peminat muzik dari seluruh Asia Tenggara menyaksikan momen istimewa apabila penyanyi dan penulis lagu terkenal, Gracie Abrams, hadir secara eksklusif dalam acara SEAscape: A Fans Hangout Experience yang dianjurkan oleh Universal Music Group Southeast Asia di Swee Lee Clarke Quay, Singapura.

Sesi hangout tersebut menghimpunkan peminat dari Filipina, Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, dan Vietnam — secara fizikal dan juga secara maya melalui Zoom.

Daripada lebih 6,000 penyertaan yang diterima, hanya peminat paling bertuah dipilih berdasarkan perkongsian mereka tentang makna muzik Gracie dalam hidup mereka.

Malaysia turut bangga apabila 10 peminat tempatan dipilih menyertai sesi eksklusif ini, sekali gus berpeluang bertemu Gracie secara langsung, bertanya soalan dan mengenali artis kesayangan mereka dengan lebih dekat.

Detik itu bukan sahaja penuh emosi dan keterujaan, malah memperlihatkan betapa kukuhnya ikatan antara Gracie dan para peminat di rantau ini.

Gracie, yang kini sedang mempromosikan album keduanya The Secret Of Us dan versi deluxe-nya, berkongsi rasa terharu dengan sambutan hangat peminat Asia Tenggara.

Beliau turut memperkenalkan lagu terbaharunya “Death Wish”, yang mula mencuri perhatian sejak persembahan sulungnya di THE O2 Arena London.

Dalam suasana santai dan mesra, Gracie sempat menyatakan kecintaannya terhadap budaya Asia Tenggara, peminat yang penuh semangat, serta… nasi ayam! “Saya rasa saya sudah jatuh cinta dengan nasi ayam,” katanya sambil ketawa, mencuit hati semua yang hadir.

Sebagai pembuka tirai untuk jelajah Asia “The Secret Of Us Tour”, Gracie menggegarkan pentas The Star Performing Arts Centre pada 3 April dengan persembahan hebat di hadapan lebih 5,000 penonton. Ia menjadi detik yang dinanti-nantikan peminat selepas sekian lama hanya berinteraksi secara dalam talian.

Wakil media dan personaliti media sosial dari Malaysia turut hadir ke sidang media rasmi bersama Gracie. Antaranya ialah KOL Cabi (@cabibibi), Kayley Chai (@kayleychai), dan Alex HKF (@alex_hkf), serta penyampai radio Rika dari Fly FM (@rikaadrina) dan Calista dari Hitz FM (@calistaleahliew). Gracie turut menjawab soalan daripada stesen-stesen radio Malaysia itu, menunjukkan keakrabannya dengan peminat serantau.

Foto Oleh : Universal Music Singapore

Komen
Loading...