Ikuti Kami:

Google Meet Kini Percuma

Google Meet Kini Percuma

Dalam menghadapi wabak koronavirus, Google kini mengorak langkah ke arah segmen video telesidang dengan menyediakan perkhidmatan video telesidang premium Google Meet secara percuma untuk pengguna.

Sebelum ini perkhidmatan ini hanya tersedia untuk organisasi yang menggunakan G Suite, Meet sekarang terbuka untuk semua orang, dalam langkah untuk menjadikan Google persaing dengan perkhidmatan video telesidang lain seperti Zoom.

Versi percuma Google Meet memerlukan anda membuat akaun Google secara percuma. Panggilan video akan mempunyai had 60 minit, tetapi Google mengatakan ia tidak akan menambah had tersebut sehingga selepas 30 September.

Google juga menyediakan sejumlah tetapan perlindungan privasi dengan Meet, termasuk kawalan tuan rumah (seperti kemampuan untuk mengakui atau menolak masuk ke mesyuarat, dan membisukan atau membuang peserta), ‘meeting codes’ yang rumit dan ‘encryption in transit’.

Namun Google masih jauh untuk merampas ‘market share’ beberapa penyedia telesidang lain seperti Zoom – Facebook, Skype dan Microsoft yang terlebih dahulu mengeluarkan ciri dan perkhidmatan video telesidang berkumpulan percuma.

Meet mula melancarkan versi percuma pada awal bulan ini. Anda boleh menggunakan perkhidmatan video telesidang ini di laman web di meet.google.com dan pada aplikasi mudah alih untuk iOS atau Android.

Komen
Loading...